The Good Things We Do Today, Is The Happiness For Tomorrow!

18 January 2013

Visit Pontian : Taman Negara Johor, Pulau Kukup (Part1)

Sebenarnya, dah hampir sebulan kitaorang pegi melawat Pontian ni, 25 Dec 2012 yang lalu. Tapi belum berkesempatan nak share..almaklumlah, busy women...poyos!..busy ngn tido jer!...

Memang dah lama  pun ajak dia untuk ke Pontian..yer la..bukan jauh pun dari senai ni..asalnya tak plan pun nak pergi masa hari khismas hari tu sebab sepatutnya saya kena kerja, tapi alih-alih engineer tu pulak tak nak kasi kita ni kerja..meroyan apa entah..feed-up mak tau!..sebab nak menyejukkan hati yang membara, proposal diusulkan kan ke dia...untuk tak nak menghampakan saya yang memang telah hampa ni, en.Sayang pun bersetuju lah...

Our 1st destination is..Taman Negara Johor Pulau Kukup


Perjalanan pagi tu tak banyak masalah. Bertolak dari Senai kira-kira jam 11.00am (terlajak tidur sebab malam tu dah keluar dating..ngehngehngeh..). Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1jam jugak la sebab berhenti errkkerrkk dulu kat stesen minyak Pekan Nanas..then baru sambung travel balik..huhuhu..kitaorang gunakan jalan lama, Skudai-Pontian.

excited baru sampai time ni..


Mula-mula sampai kitaorang pun tak tahu jugak apa yang boleh dibuat kat sini. Ye lah..masing-masing pun baru 1st time sampai kat tempat ni. Datang kat sini  pun hanya berpandukan en.google dan jugak blog-blog orang. Majoriti yang nampak kat sekitar kawasan ni hanyalah chinese dan warga indon yang nak pergi atau baru balik dari Tanjung Balai. Anjing pun banyak....tak suka betul mak!.. baru tahu rupanya-rupanya kat sini lah tepat diaorang keluar masuk dari Tanjung Balai.

terminal International Kukup untuk ke Tanjung Balai. Jeti nak ke Kukup tu sebenarnya 
bukan masuk ikut pintu ni pun, tapi betul-betul di kaki lima pintu masuk ni.



Sambil merayau-rayau nak cari macam mana nak ke pulau tu, kami tiba-tiba disapa pekerja bot penumpang di sekitar tu. Biasalah..diiaorang tengah mencari penumpang. Kitaorang pun bagitaulah nak ke Pulau Kukup, dan kami di bawa ke jeti yang agak tercorot (di kaki lima bagunan Terminal Feri Antarabangsa). Bagi mereka yang baru pertama kali datang dan malu untuk bertanya, memang tak akan nampak la jeti ni. So jangan malu-malu untuk bertanya dan ringan mulut untuk bertanya itu dan ini..bayaran RM5 seorang untuk tambang bot penumpang pergi dan balik ke Pulau Kukup.

Ni lah kaki lima a.k.a Jeti ke Pulau Kukup.
kebosanan menunggu bot penumpang datang pick-up..++
Nampak tak hutan yang kat hujung tu..itu lah dia Pulau Kukup.
Yang kat depan tu kelong-kelong ternak ikan.
Jarak sebenar nak ke pulau tu tak jauh pun. Dari jeti ni pun dah boleh nampak. Tapi bila dah kat atas bot penumpang tu, punyalah lama nak sampai..hahaha..tau tak kenapa? sebab diaorang akan pusing-pusing dulu kat kawasan-kawasan berdekatan (ada jugak rumah-rumah atas air) untuk ambik atau turunkan penumpang. Dekat kelong-kelong ikan pun diaorang singgah jugak.. Fuuhhh..jenuh menunggu..hampir 30minit jugak lah..Rasa macam kita naik bas henti-henti tu hah...setiap kampung kena berhenti ambik dan turunkan penumpang.

Bot ni berhenti lagi ambik penumpang kat sini pulak..
yang ni kali ke berapa berhenti pun tak tahu lah..lamanyaa...
Rumah atas air...air laut dia ni memang terbaik la bau..busukk!..
baru lah nampak sign ni...tak sabar-sabar nak jejak kaki..
Jeti Pulau Kukup..We are coming...

lupa lak nak cite kes kat atas bot tu..hihihihi..mula-mula naik bot ok jer. Kami bergurau senda, usik mengusik, bercerita itu dan ini la kan. Lepas lama sikit bot tu pusing-pusing, dia dah mula duk diam..ingatkan apa..mabuk laut rupanya dia ni..nasib baik you tak uuwweekk tau..hihihihi...aku pulak dengan jahat nya menyakat la lebih-lebih sikit..alih-aliah aku pulak yang kena marah...addehhhh..jahatkan saya..tp yess!...you nampak macam kiut pulak masa tu..(ketawa besar-besar...hahahahaha)


Sedikit latar belakang Pulau Kukup ni. Pulau Kukup merupakan satu kawasan paya bakau yang tidak didiami dan terbesar di dunia, telah diwartakan secara rasmi sebagai taman negara pada 27 Mac 1997 menjadi tempat kediaman pelbagai hidupan flora dan fauna. Pulau Kukup menerima pengiktirafan antarabangsa apabila diberi status Kawasan Paya Bakau Berkepentingan Antarabangsa (Tapak RAMSAR) oleh Biro Konvensyen Ramsar di Geneva, Switzerland pada 31 Januari 2003.

Taman Negara Pulau Kukup terletak kira-kira 1 kilometer luar pesisir rantau barat daya negeri Johor dan merupakan sebuah pulau bakau kecil seluas kira-kira 647.2 hektar yang dikelilingi kawasan berlumpur seluas kira-kira 800 hektar.Pulau Kukup memiliki tarikan biodiversiti tersendiri. Di situ terdapat 50 peratus spesies bakau tulen dunia, menjadi kediaman kepada 12 spesies fauna dan 76 spesies burung. Pelbagai spesies ikan, ketam dan organisme mikro-benthic juga boleh diperoleh.

Entahkan betul ke tidak la kan, ada jugak mitos yang mengatakan cerita orang dulu-dulu, Pulau Kukup dikatakan pernah menjadi tempat kediaman lima puteri bunian. Salah seorang puteri tersebut telah jatuh cinta dengan seorang pelayar. Pasangan kekasih itu melarikan diri dan akibatnya, pulau itu ditenggelami air laut. Pulau Kukup muncul kembali tetapi diliputi paya bakau. Timbul dakwaan pulau itu dihuni oleh makhluk ghaib. Itulah dia..nama pun mitos kan..

Sampai aje kat jeti pulau, kena beli tiket lagi tuk masuk ke Taman Negara Johor ni. Harga tiket RM5 seorang.

Laluan untuk masuk ke Taman Negara
Lepas je bayar tiket, pusing-pusing dulu kat depan kaunter ni. Banyak infomation-infomation yang di tampal kat sini. Dia dah mula pening melayan kerenah saya yang over excited ni..Apa tak nye, semua benda nak capture gambar..hahaha..nampak sangat jakunggg nya tu...akceli,saya terasa rindu sangat-sangat kat hutan-hutan. Maklumlah saya ni orang kampung..luar bandar. Dah biasa dengan alam semula jadi. Dari zaman sekolah pun memang active berpersatuan masuk hutan dan champing. Bila dah dewasa dan membina kerjaya di bandar,dah tak jumpa lagi alam hijau yang semula jadi ni..Sebab tu bila tahu kat Johor ni ada Taman Negara, excited terlebih la saya..hihihihih...

Tak adalah besar sangat, tapi menarik!
Okay..mula-mula masuk ikut jambatan..Kat sini memang banyak monyet. Tapi nasib baik monyet-monyet kat sini takutkan orang. Jangan nak rajin-rajin beri makanan pada mereka ni untuk mengelakkan mereka jadi hilang takut pada manusia, dan seterusnya membahayakan diri sendiri...hmm..teringat kat monyet yang tok'ki bela kat kampung..ambil upah panjat pokok kelapa...^^


I'm ready for touring....
Monyet-monyet berkeliaran
Seterusnya, kitaorang kena melalui jambatan gantung...3orang sahaja dibenarkan berada di atas jambatan pada satu masa, dengan jarak 3meter setiap orang..Part jambatan gantung ni, sekali lagi dia kemurungan.. gayat!.....aku pulak siap berposing-posing lagi atas jambatan..hahahahaha..oohh.. rupa-rupanya sangat berbeza jiwa aku dan dia...toing toing toinggg...


Bermulalah pengembaraan kami di dalam hutan ni...Kiri kanan susur perjalanan kami hanyalah hutan bakau. Kalau bawa anak-anak yang suka belajar sains tu bagus jugak la kat sini. Boleh tengok hidupan paya bakau macam ikan belacak,siput,pokok bakau dan macam-macam lagilah yang seumpamanya tu...

Yang paling menarik, banyak signboard yang best dibaca sepanjang laluan ni. Semua sign board yang adasaya capturekan gambarnya. Sampai habis bateri kamera dibuatnye. Nasib baik dia baik hati meminjamkan kamera phone dia..hihihihi..terima kasih sayang..


pokok bakau yang akar terpanjang kat Pulau Kukup ni.hampir 15meter.
Adeh..penat kaki kami berjalan...sempat jugak rehat jap kat pondok rehat kat dalam hutan ni. Tapi tak berani lama-lama. Time kitaorang datang ni, tak ramai pengunjung lain. Jadi, kadang-kadang terasa hanya kami berdua je kat dalam hutan..takut la haiwan-haiwan hutan tu muncul..huhuhu..lagipun kat dalam ni banyak 'barri' (istilah org kampung kami untuk serangga kecik yang suka terbang dalam hutan)..ni spesis macam nyamuk jugak hinggap kat orang, pastu buat love bite..cumanya saiznya kecik sikit..tak tau la orang bandar panggil apa..bintat-bintat lengan saya dibuatnya..hihihihi...

Muka orang letih
Lepas lebih kurang 1jam jalan-jalan dalam hutan tu, sampai la kat menara pemerhati ni..Menara ni setinggi 5t tingkat. Gayat jugak lah naik sorang-sorang. Lepas kena warning dgn dia ''Jangan Paksa Saya Lagi!!''..hahahahaha.okay, faham!..nak tak nak biar kan je lah dia..Lau tak naik nanti rugi pula rasanya. akceli tak der ape-ape yang menarik pun kat atas tu. Just dapat nampak hutan dan sungai..hihihihi..


Yaahhhooo..i'm finish it at level 5!!
Sempat lagi ngintai orang yang kat bawah tu..hihihihi..sabar yer sayang..
Adeh..penat kaki tau..nak patah balik pegi jeti utama tadi pun dah tak sanggup. Hmm..nasib baik ada perkhidmatan bot menyusuri sungai ular terus sampai ke jeti utama. Keluar lagi RM3 tuk sorang..romentik kejap rase sebab hanya kami berdua je naik bot tu..hihihihi..

Pemandangan Jeti Sg. Ular dari atas menara pemerhati




Rilex gile pak cik ni bawak bot tanpa safety jaket..
bergoyang bot kami masa dia lalu. Kecut perot dia..hihihi
Tamatlah kunjungan ke Taman Negara Pulau Kukup

Sampai jeti utama, terpaksalah menunggu dalam 10minit sehingga bot penumpang untuk ke darat semula sampai. Sebelum naik ke darat, sempat lagi singgah sekejap di kelong-kelong ikan berhampiran. Tak jadi masalah pada pemandu bot ni sebab memang pakej RM5 yang kita bayar awal-awal tadi termasuk skali lawatan ke Pulau Kukup dan kelong ikan ternakan.


Eiierr..bila tengok cara diaorang ternak ikan, tak lalu lah nak beli ikan kat sini. Dah la airnye bau busuk, pastu ada pulak anjing kat situ..Entah halal ke tidak ikan-ikan tu kan..hmm..sabar je la..Menurut penjaga kelong tu, ikan-ikan yang diternak akan diekspot ke Singapura. Betul ker..entah-entah ader je yg disupply tuk pengguna tempatan..hhhmmmm..

nanpak tak tang anjing dan pekerja-pekerjanya tu..hhiisshhh..
tak bersih tau..entah mana anjing tu kenjing berak nye kan
Pelik-pelik jugak spesis ikan yang dibelanya ni
Tak lama kami di kelong, kami pun mintak la uncle tu hantar kan kami balik ke darat..tak sanggup nak lelama kat situ. Hanya kami je penumpang bot masa tu..hihihihi..

nampak tak daratnye tu..dekat je pun.
Sampai je kat darat dah dekat pukul 3 lebih. Perut masing-masing pun dah lapar. Ye lah dari pagi cuma beralaskan roti sandwich je..special from my kitchen pulak tu..hihihihi.. Tapi tak sanggup nak makan kat kawasan ni even kedai makan tu milik orang melayu..takut gak diaorang masak dri sumber-sumber ternakan kat situ kan..eee...geli la nak makan..

Nasib baik pagi tadi sempat sediakan nasi goreng dan tapaw..boleh la kami mengalas perut sementara jumpa kedai makan kat kawasan lain. Lepas solat Zohor, kitaorang pun mula bergerak ke destinasi yang seterusnya..ke mana pulak tu???....still lagi kat Pontian ni juga.reserved tuk next entry. Dah panjang sangat karangan ni..hihihihihihi...meh kita tengok budget yang dibelanjakan untuk ke Pulau Kukup...


Minyak kereta : 1jam perjalan = RM10
Tiket naik bot ke Pulau Kukup = RM10 (RM5 X 2)
Tiket masuk Taman Negara = RM10 (RM5 X 2)
Tiket Bot Menyusuri Sg. Ular = RM6 (RM3 X2)

Total = RM36

**semua ditanggung cik Norlie sebab dia cakap saya yang memaksanya...0_o

No comments :

Post a Comment