The Good Things We Do Today, Is The Happiness For Tomorrow!

16 June 2013

JODOH : Keluarga @ Hati??~


Assalamualaikum blog...lama tak berisi yer..

Sensetipnye itewww....pilihan keluarga @ pilihan hati..di zaman moden ni kebanyakkan anak-anak dah ada pilihan hati sendiri tak kiralah bermula dari sekolah, tempat belajar ataupun dari kalangan teman sekerja..bila dah bercinta, mereka akan merasakan 'tiada apa yang akan dapat memisahkan mereka'...betul kan?

Walaupun begitu, hak keluarga untuk ''memilih'' kenalah dipikir-pikirkan jugak..dari 'merah' lagi mak ayah duk bela dan didik sampai besar sempurna, hak dia jugak lah nak tentukan siapa yang akan mengantikan/menggalas tanggungjawab pada anaknya suatu hari nanti.. walaupun sayang sangat kat kekasih pilihan tu, cuba fikirkan, masa kita masih bayi dulu..yang tak tahu apa-apa siang malam duk nangis, sapa yang jaga kita?..bekorban untuk kita?...

Tapi pilihan kerluarga @ pilihan hati sendiri ni ada pro dan contranya yang tersendiri.


Pilihan keluarga pilihan yang terbaik?

1)      Biasanya pilihan keluarga adalah dari kalangan sahabat dan saudara mara yang ibu ayah kita kenali. Mereka telah mengetahui asal usul, agama dan perangai bakal calon kita dan keluarganya. Ibu dan ayah tidak mungkin sesekali akan menjodohkan kita dengan keluarga yang tidak baik asal usul keturunan dan pastinya mereka mencarikan kita jodoh yang baik agamanya.

2)      Jodoh yang ditentukan oleh orang tua pastinya mendapat restu sepanjang hayat.

3)      Hubungan yang sedia terjalin antara kita dan pasangan pasti akan lebih erat lagi selepas berkahwin.

4)      Kemesraan mudah terjalin jika jodoh datang dari keluarga. Pastinya ibu bapa akan lebih mesra dengan mertua kita dan kita juga pasti mudah menyesuaikan diri bersama ipar duai berbanding langsung tidak mengenali mereka tentunya kita akan rasa janggal duduk dalam kelompok orang asing.

Pilihan sendiri lebih baik?

1)      Jika jodoh kita adalah dari pilihan kita sendiri pastinya kita lebih mengenali hati budi pasangan. Mudah untuk kita menyesuaikan diri apabila bernikah kelak kerana telah tau perangai dan apa saja yang dia suka atau tidak. Lebih serasi dan mudah mesra.
 
2)      Dapat memanjangkan silaturrahim antara dua keluarga. Jika saling tidak kenal antara dua keluarga inilah masanya untuk berkenal-kenalan dan berukhwah antara satu sama lain. Memanjangkan silaturrahim adalah perkara yang dituntut dalam Islam.

3)      Setia ke akhir hayat dapat kita tunjukkan kepada keluarga walau kita tidak mengenali keluarga pasangan sebelum berkahwin. Ini membuktikan bahawa cinta setia mampu kekal bahagia selamanya.

Both of the way ada pro dan contranye..ni lah yang membuatkan saya makin rase keliru...opss...kalau dah tak boleh nak pilih mana pilihan yang terbaik, perlulah berserahlah pada Allah..Dialah yang menciptakan manusia berpasang-pasangan..banyakkan doa dan solat Istikharah..Insya-Allah ada jalan penyelesaiannya.. tp cik Norlie masih tak nampak mana satu jodoh cik Norlie (0_o)..Munking inilah ujian Allah..nak uji sejauh mana cinta dunia saya...ya Allah..tenangkanlah hati ini..



No comments :

Post a Comment