The Good Things We Do Today, Is The Happiness For Tomorrow!

23 January 2013

Air Putih~

Setiap hari, berapa banyakkah air putih yang korang minum?..adakah ianya mencukupi ataupun sebaliknya?..(macam gempak jer kan bunyinye..)

Setiap sel didalam tubuh manusia memerlukan air untuk hidup untuk menjalankan tugas-tugasnya. Air juga merupakan komponen utama dalam tubuh kita. Fakta mengatakan (bantuan en.google), Setiap orang memiliki 60% dari berat tubuhnya dan semua sistem didalam badan bergantung kepada air.

Air putih boleh membantu badan kita melawan toksin didalam badan,mencegah dehidrasi, sebagai penambah nutrisi (digunakan untuk diet) dan membekalkan oksigen keseluruh sel badan.


1. Membantu Diet

Jika korang merancang untuk berdiet, adalah sangat-sangat bagus mengamalkan meminum air putih yang banyak. Bukan sahaja untuk menghilangkan kehausan, air juga mampu mendorong metabolisme badan yang boleh membuatkan korang terasa kenyang dan sekali gus mengelakkan makan terlalu banyak. Selain itu juga, air putih mengandungi zat-zat yang baik untuk menghalang penyakit-penyakit mendekati kita.

2. Melindungi jantung.

Amalan meminum air putih lebih daripada 5 gelas dalam sehari, boleh mengurangkan risiko serangan jantung sebanyak 41% berbanding dengan mereka yang hanya minum kurang daripada 2 gelas air putih dalam sehari (kajian selama enam tahun yang diterbitkan di American Journal of Epidemiology). Selain itu, air putih juga mampu mengurangkan risiko pesakit cancer dengan mengamalkan meminum air putih minimum sebanyak 5 gelas sehari . Jumlah cecair (air putih) yang mencukupi di dalam badan dapat mengurangkan risiko penyakit cancer usus sehingga 45%, cancer rahim sehingga 50%, dan juga mengurangkan risiko cancer payudara.

3. Mencegah sakit kepala.


Korang pernah kena migrain tak?...kalau pernah, mesti korang tahu macam mana sakitnya kan. Amalkanlah meminum air putih kerana ianya lebih mudah dan berkualiti selain daripada mengamalkan ubat-ubatan moden. Pakar penyelidik dari University of Masstricht, Belanda, 7 gelas air putih dalam sehari boleh mengurangkan sakit kepala. Kandungan air adalah terdiri daripada CO2 kan?..apabila air diminum, oksigen juga akan masuk ke dalam badan, dan menyerap ke dalam saluran-saluran darah menjadikan darah kita kembali segar. Dalam satu kajian lain, mereka yang meminum 1.5 liter air putih mendapati sakit kepala yang dialaminya berkuranga dalam jangka masa 21jam.

4. Meningkatkan ketajaman otak.

Otak mengandungi 75% kandungan air. Menurut kajian, peningkatan dehidrasi  air dalam badan boleh mengganggu kita berfikir. Otak memerlukan banyak oksigen untuk berfungsi. Kekurangan air di dalam badan boleh mengganggu sel-sel otak yang menjadi kurang aktif dan tidak berkembang. Keadaan ini menyebabkan kita merasa mengantuk, letih, lemau dan malas..

5. Memelihara Kulit.

Air yang mencukupi di dalam badan membantu darah mengalir dengan sempurna ke seluruh sel. Hasilnya, kulit akan nampak lebih segar dan  bermaya. Selain itu juga, apabila kita melakukan aktiviti luaran seperti berkebun ataupun bersukan,air akan dikeluarkan dari badan melalui peluh di bahagian kulit badan. Peluh ni sebenarnya membuang kotoran dan penyakit yang ada dalam tubuh kita. Kalau perasan la kan, bila dah lama tak beraktiviti mengeluarkan peluh tu, sesekali keluar peluh mesti akan rasa gatal-gatal pada kulit. Ini tandanya, banyak toksin kat bawah lapisan kulit kita ni...hasilnya, bila air tu duk ngalir keluar dari kulit, badan dan kulit kita akan menjadi lebih sihat dan bebas penyakit..^^

Tetapi.......

Korang juga harus tahu..kalau air berlebihan dalam badan pun boleh mengundang bahaya juga. Keadaan ini dinamakan Overhidrasi. Keadaan ini akan berlaku jika jumlah air yang masuk kedalam badan kita tidak sama dengan jumlah yang dikeluarkan semula (waa..macam time belajar chemical process pulak..hihihi).

Keadaan ini biasanya tak akan berlaku jika fungsi kelenjar hipofisa (kelenjar di otak), ginjal dan jantung berfungsi dengan normal. Sama juga seperti kes dehidrasi, organ yang mudah terkena kesan overhidrasi adalah otak. Jika keadaan ini berlaku secara mengejut, pesakit tersebut boleh mendapat kekacuan mental, kejang dan seterusnya koma.

Selamat beramal~~

No comments :

Post a Comment