Bismillahirrahmanirrahim & Assalamualaikum *
Salam Syawal. Mak aih..dah 2 minggu raye baru nak bercerita pasal raye. Tahun ni hari raye tak macam biasa. Mak ayah adik-adik pun cakap raye tahun ni tak meriah. Kak long tak balik semenanjung, kak Ngah beraya dengan mertua di Melaka, dan kak Ma pulak beraya di kilang.
Yang paling tua, aku aje lah. Paling terasa sedihnya, malam raye sunyi je umah mak. Biasanya, malam raye mesti bising dengan suara budak-budak. Kalau dulu suara adik-adik yang kecik lagi time tu, pastu pulak suara anak-anak buah. Sekarang adik-adik pun dah besar, anak sedara pun semua tak balik, sayu je tengok orang tua mak ayah.
Pagi raye, macam biasa, awal pagi semua bersiap nak pergi solat raye. Tinggal aku dan kakak je yang bersiap kat rumah. Bila semua dah balik dari masjid barulah sarapan dan salam raya, nangia-nangis, berselfie, terus ke rumah tok dan ke kuburan tok wan dan tokki pulak. Rumput-rumput di cabut kemudian Yassin di baca besama-sama.
Petang raye tu, semua bersidai je dekat umah. Masing-masing dah penat dan tak der mood raye.
Raya ke-2 baru lah ziarah ke rumah sedara mara dan jiran tetangga.
Raye ke-3, Barulah happy sikit kat rumah bila Ahmad Zahil balik sampai kampung...yeaayy..
Alhamdulillah, malam raye-3 tu hari perjumpaan keluarga besar Haji Abas berjalan dengan penuh kesyukuran dan meriah sangat. Azan Isyak yang Abg Man laungkan malam tu merdu sangat-sangat. Sekali dengar ingatkan azan radio..Subhanallah..Lepas solat Isyak berjemaah, ada solat hajat, bacaan yassin dan tahlil untuk arwah tok wan dan tokki.

Menu utama malam tu adalah kambing dan BBQ ayam.. Macam tahun-tahun yang
sudah, setiap keluarga akan bawak satu menu, dan menu dari keluarga
kami pulak laksam..Sooodapp sangat!... Tuan rumah siap pasang kanopi 2biji...dah macam
kenduri pulak..hihihi..Terima kasih banyak-banyak tuan rumah sebab bagi sokongan tuk
majlis tahunan kita ni. Giliran rumah kami tahun lepas, jadi tahun depan giliran rumah keluarga lain pulak. Mak ada 10orang adik beradik, jadi tuan rumah akan bergilir-gilir sampailah yang ke-10.
Bancian keluarga Haji Abas 2014:
Anak = 10orang
Cucu = 66orang
Cicit = 60 Orang
Itu la, besarnye ahli keluarga kami. Tu baru sepupu, belum masuk 2pupu 3pupu..hihihi..
Lepas raya ke-3, kami sekeluarga dah sibuk dengan majlis lain pulak. Raye ke-4 sepupu bertunang, dan jemputan-jemputan majlis kawin kat kampung. Walaupun penat duk kat kampung, tapi rase seronok sangat. Langsung tak fikir hal-hal kerja dan semua yang berkaitan kat johor ni..tak puas enjoy kat kampung..
Tahun depan InshaAllah, raya kami akan lebih meriah berbanding tahun ni. Mak pun dah tak sabar nampaknya nak menerima orang baru dalam family..hihihi..semoga doa-doa mak untuk kami sekeluarga dimakbulkan Allah.

No comments :
Post a Comment