The Good Things We Do Today, Is The Happiness For Tomorrow!

8 January 2013

The New Mommy & Mommy To Be

Ceritanya, 6 Jan lalu, kami telah melawat 2 orang sahabat kami di Melaka. Sorangnye baru je bergelar ibu kepada baby yang sangat comel dan sorang lagi bakal ibu.

Nuri binti Ismail ialah kawan rapat saya masa bekerja di AUO Sunpower, Melaka. Sebelum kawin, dengan Nuri and the geng la kami selalu keluar ronggeng-ronggeng..sekarang dah tak ada lagi dah.. masing-masing dah ada hala tuju masing-masing..



Nuri telah selamat melahir seorang baby gegirl, dinamakan Amani pada 11Dec2012.comel sangat babynyer.. lebat rambutnya..bak kata aku kat Nuri, macam bulu kucing..lebat dan lembut..tak nampak kulit kepala..^^ Sebagai seorang kawan, saya doakan yang terbaik untuk ibu dan anaknya. Pedulikan apa yang berlaku, yang penting Allah dah anugerahkan kamu rezeki yang dalam bentuk anak, maka jagalah dan didiklah amanat itu dengan sebaiknya..


Lagi sorang ni, my best friend..Noor Hamizam binti Mamat...sejarahnya, kami dulu rakan satu kelas zaman-zaman belajat kat UMP tahun 2006-2009, sampai sekarang terus jadi kawan baik. Mungkin kami dari satu negeri jadi cara komunikasi kami memang terbaik la. Mendirikan rumah tangga pada Jun 2012, dan sekarang sedang mengandungkan anak nye yang pertama.

Semek ni mengadung pun berlagak ganazz lagi..tengok tang kaki tu..hihihi
Malam tu, kami menumpang rehat dan tidur di rumahnya. Terima kasih sangat-sangat kerana menumpangkan kami. Masa ni, mizam pregnent 5bulan.Tapi perutnya tak berapa besar lagi..hihihi..sukanya time tengok perut yang ada baby tu..kami doakan Mizam sihat selalu bersama-sama kandungan tersebut. Kuatkan mental dan emosi yer sayang.Bukan senang nak jadi PJJ husband & wife (perhubungan jarak jauh) dalam keadaan macam ni. Tak semua orang mampu jadi kuat macam kamu..

Tak sabar pulaknya rasanya nak kawen, nak ada ada keluarga sendiri, nak ada anak dan ada perjalan hidup yang sangat mencabar tu. Doakan lah kami pun cepat-cepat mengikut jejak langkah kamu. Kami hanya merancang, Allah jualah yang menentukan..jadi doakan lah untuk kami juga..^^

No comments :

Post a Comment