Kalau nak tahu, Tanjung Pi'ai ni merupakan penghujung benua Asia (tanah paling selatan di benua Asia) tau. Secara tepatnya Tanjung Piai terletak pada latitud 01.16 `Utara dan longitud 103.30.46 ` Timur...cewwahh..macam pandai je buat kajian..hehehehe.
Disebabkan time tu badan dah letih-letih, tak banyak la gambar yang sempat diambik untuk disharekan. Sebelum masuk laluan ke penghujung benua asia ni,perlu bayar harga tiket RM5 untuk seorang di kaunter. Pastu barulah menyusuri paya bakau untuk ke penghujung benua tu. Ala..laluan kat sini lebih kurang sama jugak dengan laluan kat Pulau Kukup tu. Ada pelantar kecik sebagai laluan pejalan kaki, pastu kiri kanannya paya bakau.
Jauh tak jauh jugak la. Tapi agak penat la kaki kami menapak nak sampai ke hujung tu. Sambil-sambil jalan tu, kita akan jumpa banyak-banyak sign board dengan kata-kata kat sepanjang pejalan kaki tu.
Lepas penat jalan-jalan, sampai la kami ke penghujungnya. Masa kami sampai tu, diaorang tengah buat renovation kat globe. Nak buat lagi cantik agaknya.
![]() |
Akhirnya Penghujung Tanah Besar Asia Kami Tawan!! |
Lepas bergambar sikit-sikit, (tak boleh nak lama-lama sikit...mengadu penat jer dia nih..) kami pun berjalan menuju ke jeti Tanjung Piai. Nak ke jeti ni pulak, kami terpaksa patah balik ke laluan utama (dekat pintu masuk sana)..pastu ambik laluan lain nak ke Jeti. Memang jauh la pulak kami kena menapak..makin bising la en.Sayang tu merungut-rungut..disebabkan dah kenal sangat dia ni, buat tak tahu je lah. Dia mesti akan ikut cik sayang dia ni la, walaupun dia tak suka...jahat kan saya ni..bukan salah saya..dah memang dia macam tu..mulut je bising tapi kaki dia akan ikut jer..cik Norlie tak paksa tau..~~
bakau berfungsi memerangkap sampah sarap untuk menjadikan lautan bersih |
Kat jeti ni pun kami tak lama-lama, cuaca masa tu pun dah nak hujan. Lepas bergambar sekeping dua, kami pun berjalan balik ke pintu utama cepat-cepat. Kalau lambat-lambat sangat nanti jadi Kuch Kuch Hotahei la kami nak balik ke pintu utama tu, apa tak nye, sepanjang laluan tu mana ada bumbung pun.
Maka tamat lah kunjungan kami ke Pontian hari tersebut. Bertolak dari Tanjung Pi'ai ni, kami terus pulang ke JB hampir jam 5.30pm. Perut kami pun masa tu memang lapar jugak lah. Hanya beralaskan sandwich dan nasi goreng sahaja sepanjang hari tu. Sampai JB dalam jam 7.00pm sebab hujan dalam perjalanan. Malam tu kami makan malan di Taman Ungku Tun Aminah jer sebab was-was nak makan makanan seafood kat Pontian tu..walau ramai yang cakap sedap..eeyyuukkss
No comments :
Post a Comment