The Good Things We Do Today, Is The Happiness For Tomorrow!

23 January 2013

Air Putih~

Setiap hari, berapa banyakkah air putih yang korang minum?..adakah ianya mencukupi ataupun sebaliknya?..(macam gempak jer kan bunyinye..)

Setiap sel didalam tubuh manusia memerlukan air untuk hidup untuk menjalankan tugas-tugasnya. Air juga merupakan komponen utama dalam tubuh kita. Fakta mengatakan (bantuan en.google), Setiap orang memiliki 60% dari berat tubuhnya dan semua sistem didalam badan bergantung kepada air.

Air putih boleh membantu badan kita melawan toksin didalam badan,mencegah dehidrasi, sebagai penambah nutrisi (digunakan untuk diet) dan membekalkan oksigen keseluruh sel badan.


1. Membantu Diet

Jika korang merancang untuk berdiet, adalah sangat-sangat bagus mengamalkan meminum air putih yang banyak. Bukan sahaja untuk menghilangkan kehausan, air juga mampu mendorong metabolisme badan yang boleh membuatkan korang terasa kenyang dan sekali gus mengelakkan makan terlalu banyak. Selain itu juga, air putih mengandungi zat-zat yang baik untuk menghalang penyakit-penyakit mendekati kita.

2. Melindungi jantung.

Amalan meminum air putih lebih daripada 5 gelas dalam sehari, boleh mengurangkan risiko serangan jantung sebanyak 41% berbanding dengan mereka yang hanya minum kurang daripada 2 gelas air putih dalam sehari (kajian selama enam tahun yang diterbitkan di American Journal of Epidemiology). Selain itu, air putih juga mampu mengurangkan risiko pesakit cancer dengan mengamalkan meminum air putih minimum sebanyak 5 gelas sehari . Jumlah cecair (air putih) yang mencukupi di dalam badan dapat mengurangkan risiko penyakit cancer usus sehingga 45%, cancer rahim sehingga 50%, dan juga mengurangkan risiko cancer payudara.

3. Mencegah sakit kepala.


Korang pernah kena migrain tak?...kalau pernah, mesti korang tahu macam mana sakitnya kan. Amalkanlah meminum air putih kerana ianya lebih mudah dan berkualiti selain daripada mengamalkan ubat-ubatan moden. Pakar penyelidik dari University of Masstricht, Belanda, 7 gelas air putih dalam sehari boleh mengurangkan sakit kepala. Kandungan air adalah terdiri daripada CO2 kan?..apabila air diminum, oksigen juga akan masuk ke dalam badan, dan menyerap ke dalam saluran-saluran darah menjadikan darah kita kembali segar. Dalam satu kajian lain, mereka yang meminum 1.5 liter air putih mendapati sakit kepala yang dialaminya berkuranga dalam jangka masa 21jam.

4. Meningkatkan ketajaman otak.

Otak mengandungi 75% kandungan air. Menurut kajian, peningkatan dehidrasi  air dalam badan boleh mengganggu kita berfikir. Otak memerlukan banyak oksigen untuk berfungsi. Kekurangan air di dalam badan boleh mengganggu sel-sel otak yang menjadi kurang aktif dan tidak berkembang. Keadaan ini menyebabkan kita merasa mengantuk, letih, lemau dan malas..

5. Memelihara Kulit.

Air yang mencukupi di dalam badan membantu darah mengalir dengan sempurna ke seluruh sel. Hasilnya, kulit akan nampak lebih segar dan  bermaya. Selain itu juga, apabila kita melakukan aktiviti luaran seperti berkebun ataupun bersukan,air akan dikeluarkan dari badan melalui peluh di bahagian kulit badan. Peluh ni sebenarnya membuang kotoran dan penyakit yang ada dalam tubuh kita. Kalau perasan la kan, bila dah lama tak beraktiviti mengeluarkan peluh tu, sesekali keluar peluh mesti akan rasa gatal-gatal pada kulit. Ini tandanya, banyak toksin kat bawah lapisan kulit kita ni...hasilnya, bila air tu duk ngalir keluar dari kulit, badan dan kulit kita akan menjadi lebih sihat dan bebas penyakit..^^

Tetapi.......

Korang juga harus tahu..kalau air berlebihan dalam badan pun boleh mengundang bahaya juga. Keadaan ini dinamakan Overhidrasi. Keadaan ini akan berlaku jika jumlah air yang masuk kedalam badan kita tidak sama dengan jumlah yang dikeluarkan semula (waa..macam time belajar chemical process pulak..hihihi).

Keadaan ini biasanya tak akan berlaku jika fungsi kelenjar hipofisa (kelenjar di otak), ginjal dan jantung berfungsi dengan normal. Sama juga seperti kes dehidrasi, organ yang mudah terkena kesan overhidrasi adalah otak. Jika keadaan ini berlaku secara mengejut, pesakit tersebut boleh mendapat kekacuan mental, kejang dan seterusnya koma.

Selamat beramal~~

19 January 2013

Visit Pontian : Penghujung Benua Asia @Tanjung Piai (Part2)

Seperti yang telah diceritakan dalam Part1 semalam, kali  ni sambung menaip tempat ke-2 yang kami pergi tu. Lepas penat meronda-ronda Pulau Kukup tu..kami ke Tanjung Pi'ai. Jaraknye pun tak jauh sangat dari Pulau Kukup. Ambik masa 15-20 minit perjalanan sahaja.


Kalau nak tahu, Tanjung Pi'ai ni merupakan penghujung benua Asia (tanah paling selatan di benua Asia) tau. Secara tepatnya Tanjung Piai terletak pada latitud 01.16 `Utara dan longitud 103.30.46 ` Timur...cewwahh..macam pandai je buat kajian..hehehehe.

Disebabkan time tu badan dah letih-letih, tak banyak la gambar yang sempat diambik untuk disharekan. Sebelum masuk laluan ke penghujung benua asia ni,perlu bayar harga tiket RM5 untuk seorang di kaunter. Pastu barulah menyusuri paya bakau untuk ke penghujung benua tu. Ala..laluan kat sini lebih kurang sama jugak dengan laluan kat Pulau Kukup tu. Ada pelantar kecik sebagai laluan pejalan kaki, pastu kiri kanannya paya bakau.


Jauh tak jauh jugak la. Tapi agak penat la kaki kami menapak nak sampai ke hujung tu. Sambil-sambil jalan tu, kita akan jumpa banyak-banyak sign board dengan kata-kata kat sepanjang pejalan kaki tu.




Lepas penat jalan-jalan, sampai la kami ke penghujungnya. Masa kami sampai tu, diaorang tengah buat renovation kat globe. Nak buat lagi cantik agaknya.

Akhirnya Penghujung Tanah Besar Asia Kami Tawan!!


Lepas bergambar sikit-sikit, (tak boleh nak lama-lama sikit...mengadu penat jer dia nih..) kami pun berjalan menuju ke jeti Tanjung Piai. Nak ke jeti ni pulak, kami terpaksa patah balik ke laluan utama (dekat pintu masuk sana)..pastu ambik laluan lain nak ke Jeti. Memang jauh la pulak kami kena menapak..makin bising la en.Sayang tu merungut-rungut..disebabkan dah kenal sangat dia ni, buat tak tahu je lah. Dia mesti akan ikut cik sayang dia ni la, walaupun dia tak suka...jahat kan saya ni..bukan salah saya..dah memang dia macam tu..mulut je bising tapi kaki dia akan ikut jer..cik Norlie tak paksa tau..~~

bakau berfungsi memerangkap sampah sarap untuk menjadikan lautan bersih


Kat jeti ni pun kami tak lama-lama, cuaca masa tu pun dah nak hujan. Lepas bergambar sekeping dua, kami pun berjalan balik ke pintu utama cepat-cepat. Kalau lambat-lambat sangat nanti jadi Kuch Kuch Hotahei la kami nak balik ke pintu utama tu, apa tak nye, sepanjang laluan tu mana ada bumbung pun.

Maka tamat lah kunjungan kami ke Pontian hari tersebut. Bertolak dari Tanjung Pi'ai ni, kami terus pulang ke JB hampir jam 5.30pm. Perut kami pun masa tu memang lapar jugak lah. Hanya beralaskan sandwich dan nasi goreng sahaja sepanjang hari tu. Sampai JB dalam jam 7.00pm sebab hujan dalam perjalanan. Malam tu kami makan malan di Taman Ungku Tun Aminah jer sebab was-was nak makan makanan seafood kat Pontian tu..walau ramai yang cakap sedap..eeyyuukkss

18 January 2013

Visit Pontian : Taman Negara Johor, Pulau Kukup (Part1)

Sebenarnya, dah hampir sebulan kitaorang pegi melawat Pontian ni, 25 Dec 2012 yang lalu. Tapi belum berkesempatan nak share..almaklumlah, busy women...poyos!..busy ngn tido jer!...

Memang dah lama  pun ajak dia untuk ke Pontian..yer la..bukan jauh pun dari senai ni..asalnya tak plan pun nak pergi masa hari khismas hari tu sebab sepatutnya saya kena kerja, tapi alih-alih engineer tu pulak tak nak kasi kita ni kerja..meroyan apa entah..feed-up mak tau!..sebab nak menyejukkan hati yang membara, proposal diusulkan kan ke dia...untuk tak nak menghampakan saya yang memang telah hampa ni, en.Sayang pun bersetuju lah...

Our 1st destination is..Taman Negara Johor Pulau Kukup


Perjalanan pagi tu tak banyak masalah. Bertolak dari Senai kira-kira jam 11.00am (terlajak tidur sebab malam tu dah keluar dating..ngehngehngeh..). Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1jam jugak la sebab berhenti errkkerrkk dulu kat stesen minyak Pekan Nanas..then baru sambung travel balik..huhuhu..kitaorang gunakan jalan lama, Skudai-Pontian.

excited baru sampai time ni..


Mula-mula sampai kitaorang pun tak tahu jugak apa yang boleh dibuat kat sini. Ye lah..masing-masing pun baru 1st time sampai kat tempat ni. Datang kat sini  pun hanya berpandukan en.google dan jugak blog-blog orang. Majoriti yang nampak kat sekitar kawasan ni hanyalah chinese dan warga indon yang nak pergi atau baru balik dari Tanjung Balai. Anjing pun banyak....tak suka betul mak!.. baru tahu rupanya-rupanya kat sini lah tepat diaorang keluar masuk dari Tanjung Balai.

terminal International Kukup untuk ke Tanjung Balai. Jeti nak ke Kukup tu sebenarnya 
bukan masuk ikut pintu ni pun, tapi betul-betul di kaki lima pintu masuk ni.



Sambil merayau-rayau nak cari macam mana nak ke pulau tu, kami tiba-tiba disapa pekerja bot penumpang di sekitar tu. Biasalah..diiaorang tengah mencari penumpang. Kitaorang pun bagitaulah nak ke Pulau Kukup, dan kami di bawa ke jeti yang agak tercorot (di kaki lima bagunan Terminal Feri Antarabangsa). Bagi mereka yang baru pertama kali datang dan malu untuk bertanya, memang tak akan nampak la jeti ni. So jangan malu-malu untuk bertanya dan ringan mulut untuk bertanya itu dan ini..bayaran RM5 seorang untuk tambang bot penumpang pergi dan balik ke Pulau Kukup.

Ni lah kaki lima a.k.a Jeti ke Pulau Kukup.
kebosanan menunggu bot penumpang datang pick-up..++
Nampak tak hutan yang kat hujung tu..itu lah dia Pulau Kukup.
Yang kat depan tu kelong-kelong ternak ikan.
Jarak sebenar nak ke pulau tu tak jauh pun. Dari jeti ni pun dah boleh nampak. Tapi bila dah kat atas bot penumpang tu, punyalah lama nak sampai..hahaha..tau tak kenapa? sebab diaorang akan pusing-pusing dulu kat kawasan-kawasan berdekatan (ada jugak rumah-rumah atas air) untuk ambik atau turunkan penumpang. Dekat kelong-kelong ikan pun diaorang singgah jugak.. Fuuhhh..jenuh menunggu..hampir 30minit jugak lah..Rasa macam kita naik bas henti-henti tu hah...setiap kampung kena berhenti ambik dan turunkan penumpang.

Bot ni berhenti lagi ambik penumpang kat sini pulak..
yang ni kali ke berapa berhenti pun tak tahu lah..lamanyaa...
Rumah atas air...air laut dia ni memang terbaik la bau..busukk!..
baru lah nampak sign ni...tak sabar-sabar nak jejak kaki..
Jeti Pulau Kukup..We are coming...

lupa lak nak cite kes kat atas bot tu..hihihihi..mula-mula naik bot ok jer. Kami bergurau senda, usik mengusik, bercerita itu dan ini la kan. Lepas lama sikit bot tu pusing-pusing, dia dah mula duk diam..ingatkan apa..mabuk laut rupanya dia ni..nasib baik you tak uuwweekk tau..hihihihi...aku pulak dengan jahat nya menyakat la lebih-lebih sikit..alih-aliah aku pulak yang kena marah...addehhhh..jahatkan saya..tp yess!...you nampak macam kiut pulak masa tu..(ketawa besar-besar...hahahahaha)


Sedikit latar belakang Pulau Kukup ni. Pulau Kukup merupakan satu kawasan paya bakau yang tidak didiami dan terbesar di dunia, telah diwartakan secara rasmi sebagai taman negara pada 27 Mac 1997 menjadi tempat kediaman pelbagai hidupan flora dan fauna. Pulau Kukup menerima pengiktirafan antarabangsa apabila diberi status Kawasan Paya Bakau Berkepentingan Antarabangsa (Tapak RAMSAR) oleh Biro Konvensyen Ramsar di Geneva, Switzerland pada 31 Januari 2003.

Taman Negara Pulau Kukup terletak kira-kira 1 kilometer luar pesisir rantau barat daya negeri Johor dan merupakan sebuah pulau bakau kecil seluas kira-kira 647.2 hektar yang dikelilingi kawasan berlumpur seluas kira-kira 800 hektar.Pulau Kukup memiliki tarikan biodiversiti tersendiri. Di situ terdapat 50 peratus spesies bakau tulen dunia, menjadi kediaman kepada 12 spesies fauna dan 76 spesies burung. Pelbagai spesies ikan, ketam dan organisme mikro-benthic juga boleh diperoleh.

Entahkan betul ke tidak la kan, ada jugak mitos yang mengatakan cerita orang dulu-dulu, Pulau Kukup dikatakan pernah menjadi tempat kediaman lima puteri bunian. Salah seorang puteri tersebut telah jatuh cinta dengan seorang pelayar. Pasangan kekasih itu melarikan diri dan akibatnya, pulau itu ditenggelami air laut. Pulau Kukup muncul kembali tetapi diliputi paya bakau. Timbul dakwaan pulau itu dihuni oleh makhluk ghaib. Itulah dia..nama pun mitos kan..

Sampai aje kat jeti pulau, kena beli tiket lagi tuk masuk ke Taman Negara Johor ni. Harga tiket RM5 seorang.

Laluan untuk masuk ke Taman Negara
Lepas je bayar tiket, pusing-pusing dulu kat depan kaunter ni. Banyak infomation-infomation yang di tampal kat sini. Dia dah mula pening melayan kerenah saya yang over excited ni..Apa tak nye, semua benda nak capture gambar..hahaha..nampak sangat jakunggg nya tu...akceli,saya terasa rindu sangat-sangat kat hutan-hutan. Maklumlah saya ni orang kampung..luar bandar. Dah biasa dengan alam semula jadi. Dari zaman sekolah pun memang active berpersatuan masuk hutan dan champing. Bila dah dewasa dan membina kerjaya di bandar,dah tak jumpa lagi alam hijau yang semula jadi ni..Sebab tu bila tahu kat Johor ni ada Taman Negara, excited terlebih la saya..hihihihih...

Tak adalah besar sangat, tapi menarik!
Okay..mula-mula masuk ikut jambatan..Kat sini memang banyak monyet. Tapi nasib baik monyet-monyet kat sini takutkan orang. Jangan nak rajin-rajin beri makanan pada mereka ni untuk mengelakkan mereka jadi hilang takut pada manusia, dan seterusnya membahayakan diri sendiri...hmm..teringat kat monyet yang tok'ki bela kat kampung..ambil upah panjat pokok kelapa...^^


I'm ready for touring....
Monyet-monyet berkeliaran
Seterusnya, kitaorang kena melalui jambatan gantung...3orang sahaja dibenarkan berada di atas jambatan pada satu masa, dengan jarak 3meter setiap orang..Part jambatan gantung ni, sekali lagi dia kemurungan.. gayat!.....aku pulak siap berposing-posing lagi atas jambatan..hahahahaha..oohh.. rupa-rupanya sangat berbeza jiwa aku dan dia...toing toing toinggg...


Bermulalah pengembaraan kami di dalam hutan ni...Kiri kanan susur perjalanan kami hanyalah hutan bakau. Kalau bawa anak-anak yang suka belajar sains tu bagus jugak la kat sini. Boleh tengok hidupan paya bakau macam ikan belacak,siput,pokok bakau dan macam-macam lagilah yang seumpamanya tu...

Yang paling menarik, banyak signboard yang best dibaca sepanjang laluan ni. Semua sign board yang adasaya capturekan gambarnya. Sampai habis bateri kamera dibuatnye. Nasib baik dia baik hati meminjamkan kamera phone dia..hihihihi..terima kasih sayang..


pokok bakau yang akar terpanjang kat Pulau Kukup ni.hampir 15meter.
Adeh..penat kaki kami berjalan...sempat jugak rehat jap kat pondok rehat kat dalam hutan ni. Tapi tak berani lama-lama. Time kitaorang datang ni, tak ramai pengunjung lain. Jadi, kadang-kadang terasa hanya kami berdua je kat dalam hutan..takut la haiwan-haiwan hutan tu muncul..huhuhu..lagipun kat dalam ni banyak 'barri' (istilah org kampung kami untuk serangga kecik yang suka terbang dalam hutan)..ni spesis macam nyamuk jugak hinggap kat orang, pastu buat love bite..cumanya saiznya kecik sikit..tak tau la orang bandar panggil apa..bintat-bintat lengan saya dibuatnya..hihihihi...

Muka orang letih
Lepas lebih kurang 1jam jalan-jalan dalam hutan tu, sampai la kat menara pemerhati ni..Menara ni setinggi 5t tingkat. Gayat jugak lah naik sorang-sorang. Lepas kena warning dgn dia ''Jangan Paksa Saya Lagi!!''..hahahahaha.okay, faham!..nak tak nak biar kan je lah dia..Lau tak naik nanti rugi pula rasanya. akceli tak der ape-ape yang menarik pun kat atas tu. Just dapat nampak hutan dan sungai..hihihihi..


Yaahhhooo..i'm finish it at level 5!!
Sempat lagi ngintai orang yang kat bawah tu..hihihihi..sabar yer sayang..
Adeh..penat kaki tau..nak patah balik pegi jeti utama tadi pun dah tak sanggup. Hmm..nasib baik ada perkhidmatan bot menyusuri sungai ular terus sampai ke jeti utama. Keluar lagi RM3 tuk sorang..romentik kejap rase sebab hanya kami berdua je naik bot tu..hihihihi..

Pemandangan Jeti Sg. Ular dari atas menara pemerhati




Rilex gile pak cik ni bawak bot tanpa safety jaket..
bergoyang bot kami masa dia lalu. Kecut perot dia..hihihi
Tamatlah kunjungan ke Taman Negara Pulau Kukup

Sampai jeti utama, terpaksalah menunggu dalam 10minit sehingga bot penumpang untuk ke darat semula sampai. Sebelum naik ke darat, sempat lagi singgah sekejap di kelong-kelong ikan berhampiran. Tak jadi masalah pada pemandu bot ni sebab memang pakej RM5 yang kita bayar awal-awal tadi termasuk skali lawatan ke Pulau Kukup dan kelong ikan ternakan.


Eiierr..bila tengok cara diaorang ternak ikan, tak lalu lah nak beli ikan kat sini. Dah la airnye bau busuk, pastu ada pulak anjing kat situ..Entah halal ke tidak ikan-ikan tu kan..hmm..sabar je la..Menurut penjaga kelong tu, ikan-ikan yang diternak akan diekspot ke Singapura. Betul ker..entah-entah ader je yg disupply tuk pengguna tempatan..hhhmmmm..

nanpak tak tang anjing dan pekerja-pekerjanya tu..hhiisshhh..
tak bersih tau..entah mana anjing tu kenjing berak nye kan
Pelik-pelik jugak spesis ikan yang dibelanya ni
Tak lama kami di kelong, kami pun mintak la uncle tu hantar kan kami balik ke darat..tak sanggup nak lelama kat situ. Hanya kami je penumpang bot masa tu..hihihihi..

nampak tak daratnye tu..dekat je pun.
Sampai je kat darat dah dekat pukul 3 lebih. Perut masing-masing pun dah lapar. Ye lah dari pagi cuma beralaskan roti sandwich je..special from my kitchen pulak tu..hihihihi.. Tapi tak sanggup nak makan kat kawasan ni even kedai makan tu milik orang melayu..takut gak diaorang masak dri sumber-sumber ternakan kat situ kan..eee...geli la nak makan..

Nasib baik pagi tadi sempat sediakan nasi goreng dan tapaw..boleh la kami mengalas perut sementara jumpa kedai makan kat kawasan lain. Lepas solat Zohor, kitaorang pun mula bergerak ke destinasi yang seterusnya..ke mana pulak tu???....still lagi kat Pontian ni juga.reserved tuk next entry. Dah panjang sangat karangan ni..hihihihihihi...meh kita tengok budget yang dibelanjakan untuk ke Pulau Kukup...


Minyak kereta : 1jam perjalan = RM10
Tiket naik bot ke Pulau Kukup = RM10 (RM5 X 2)
Tiket masuk Taman Negara = RM10 (RM5 X 2)
Tiket Bot Menyusuri Sg. Ular = RM6 (RM3 X2)

Total = RM36

**semua ditanggung cik Norlie sebab dia cakap saya yang memaksanya...0_o

16 January 2013

Untuk Kamu~


Ohh..sekarang 'dia' dalam keadaan sedih+bingung+kecewa..mungkin juga ada rasa sedikit berputus asa..rasa sangat-sangat bersalah kerana kerana terlalu meletakkan harapan yang tinggi pada dia, dan kecewa akhirnya..

Nak diungkit pun tak guna sayang..nak di re-work pun, masa tak boleh diundur ke belakang.. Walau apa yang telah terjadi, kita tetap perlu mengorak langkah kehadapan dan menerima kegagalan ini dari segi yang lebih positif..masih ada harapan..masih ada jalan..I'm still beside you, helping you, ensoul you, loving you and waiting for you..Insya-Allah...pasti ada jalan..sama-samalah kita hadapinya untuk mencapai cita-cita kita besama di akhirnya. Jadikan apa yang telah berlaku tu sebagai teladan dan panduan...redha dan berserah segala perngharapan pada Allah itu lebih baik...

from the bottom of my heart... ^^
B:
Ketika mimpimu yg begitu indah,
tak pernah terwujud..ya sudahlah
Saat kau berlari mengejar anganmu,
dan tak pernah sampai..ya sudahlah (hhmm)

*reff:
Apapun yg terjadi, ku kan slalu ada untukmu
Janganlah kau bersedih..coz everything's gonna be OKAY

Santoz:
yo..Satu dari sekian kemungkinan
kau jatuh tanpa ada harapan
saat itu raga kupersembahkan
bersama jiwa, cita,cinta dan harapan

Lezz:
Kita sambung satu persatu sebab akibat
tapi tenanglah mata hati kita kan lihat
menuntun ke arah mata angin bahagia
kau dan aku tahu,jalan selalu ada

titz:
juga ku tahu lagi problema kan terus menerjang
bagai deras ombak yang menabrak karang
namun ku tahu..ku tahu kau mampu tuk tetap tenang
hadapi ini bersamaku hingga ajal datang

B:
Sempat kau berharap keramahan cinta,
tak pernah kau dapat..ya sudahlah
yeeah..dengar ku bernyanyi..lalalalalala
heyyeye yaya dedudedadedudedudidam..semua ini belum *****hir

back to *reff

F2B:
satukan langkah..langkah yg beriring!
genggam hati, rangkul emosi!

B:
Genggamlah hatiku, satukan langkah kita

F2B:
Sama rasa, tanpa pamrih
ini cinta..across da sea

B:
peluklah diriku..terbanglah bersamaku, melayang jauh.. (come fly with me, baby)

F2B:
Ini aku dari ujung rambut menyusur jemari
sosok ini yg menerima kelemahan hati
yea..aku cinta kau..(ini cinta kita)
cukup satu waktu yes.(untuk satu cinta)

satu cinta ini akan tuntun jalanku
rapatkan jiwamu yo tenang disisiku
rebahkan rasamu..untuk yg ditunggu
BAHAGIA..HINGGA UJUNG WAKTU..

8 January 2013

The New Mommy & Mommy To Be

Ceritanya, 6 Jan lalu, kami telah melawat 2 orang sahabat kami di Melaka. Sorangnye baru je bergelar ibu kepada baby yang sangat comel dan sorang lagi bakal ibu.

Nuri binti Ismail ialah kawan rapat saya masa bekerja di AUO Sunpower, Melaka. Sebelum kawin, dengan Nuri and the geng la kami selalu keluar ronggeng-ronggeng..sekarang dah tak ada lagi dah.. masing-masing dah ada hala tuju masing-masing..



Nuri telah selamat melahir seorang baby gegirl, dinamakan Amani pada 11Dec2012.comel sangat babynyer.. lebat rambutnya..bak kata aku kat Nuri, macam bulu kucing..lebat dan lembut..tak nampak kulit kepala..^^ Sebagai seorang kawan, saya doakan yang terbaik untuk ibu dan anaknya. Pedulikan apa yang berlaku, yang penting Allah dah anugerahkan kamu rezeki yang dalam bentuk anak, maka jagalah dan didiklah amanat itu dengan sebaiknya..


Lagi sorang ni, my best friend..Noor Hamizam binti Mamat...sejarahnya, kami dulu rakan satu kelas zaman-zaman belajat kat UMP tahun 2006-2009, sampai sekarang terus jadi kawan baik. Mungkin kami dari satu negeri jadi cara komunikasi kami memang terbaik la. Mendirikan rumah tangga pada Jun 2012, dan sekarang sedang mengandungkan anak nye yang pertama.

Semek ni mengadung pun berlagak ganazz lagi..tengok tang kaki tu..hihihi
Malam tu, kami menumpang rehat dan tidur di rumahnya. Terima kasih sangat-sangat kerana menumpangkan kami. Masa ni, mizam pregnent 5bulan.Tapi perutnya tak berapa besar lagi..hihihi..sukanya time tengok perut yang ada baby tu..kami doakan Mizam sihat selalu bersama-sama kandungan tersebut. Kuatkan mental dan emosi yer sayang.Bukan senang nak jadi PJJ husband & wife (perhubungan jarak jauh) dalam keadaan macam ni. Tak semua orang mampu jadi kuat macam kamu..

Tak sabar pulaknya rasanya nak kawen, nak ada ada keluarga sendiri, nak ada anak dan ada perjalan hidup yang sangat mencabar tu. Doakan lah kami pun cepat-cepat mengikut jejak langkah kamu. Kami hanya merancang, Allah jualah yang menentukan..jadi doakan lah untuk kami juga..^^

2 January 2013

Bila lagi nak start!~

Ok..2012 dah berakhir...Hari ni dah dah 2 Jan 2013, bru nk mengisi blog..agak lama jugak lah menyepikan diri..ceh..sebenarnya bukan nyepi pun, cuma malas nk menaip itu dan ini..kalau diikutkan banyak je bende kat dalam kepala ni...hhihihi..

Azam Baru?...

1st thing is..langkah pertama perlu di gerakkan..eleh..tiap-tiap masa pun melangkah ke??hihihih..langkah pertama untuk projek DIY aku perlu digerakkan..hmmm..asyik duk baca blog org je pasal DIY majlis mereka..aku ni bila lagi..argghh..tulunlah pi'at tangan kaki saya...malas tapi mahu..majlis majlis majlis....-_-
 
Azam ke-2..nak belai-belai dan hias-hias my baby oren...mggu lepas salah satu tayar baby oren pancit...sedey betul..pastu gi la kedai, pekerja tu cakap pasni perlu berhati-hati sebab tayar-tayar baby oren yang laen tu dah tak tahan lama jugak...ohhh..money money money..hujanilah aku..$$$$$...Bumper baby oren yang dilanggar depan belakang dan skirting yang dicium devider tahun lepas pun belum di fixkan lagi..adeh...ni sebenarnya azam tahun lepas lagi..tapi almaklumlah saya ni pempuan....tau-tau ke la pempuan ni bnyak lagi bender yang penting nak disetlekan selain dari kereta...hiihihihi..bila postpone, pastu postpone lagi, jadilah macam ni...tidak..i want my baby look gorjess...In Sha Allah ada duit lebih nak tukar sport rim, tayar baru 4biji, Bumper baru, skirting baru..all for my baby oren...

Azam ke-3???....yang ni lain sikit..harap-harap saya boleh bertahan kat tempat kerja ni sampai ke penghujung tahun 2013...hahahaha....tiap-tiap tahun dah tukar kerja..sebabkan nak tukar nombor dalam payslip...hihihi..cpenat kot pindah randah ni... Lagipun kat dept. sekarang ni semuanya melayu..senang cikit nk berkomunikasi..pihak pengurusan pun OK...cuma..tak syokk dengan sesetengah orang aje..bersabar lah wahai Norlie..

Cukup kot untuk azam 2013..bukan apa..azam tahun-tahun lepas semuanya tak pernah ikut date line...Semoga Allah permudahkan semua urusan dan di berikan keberkatan diatas semua usaha..^_^