The Good Things We Do Today, Is The Happiness For Tomorrow!

17 December 2013

Getting Old 17hb Dec 2013~


Bismillahirrahmanirrahim & Assalamualaikum *

Hari tu kita buat be-lated party birthday dia..pastu dia pulak buat advance birthday give kat kite..hihihihi..
Tak der la give yang besor-besor sangat pun, tp....i'm really appreciate it.. 


Bestkan hadiah kita dapat..'kertas' jer... =P

 Ekceli mlm tu dia call bagitau esok pagi bangun awal-awal, bersiap elok-elok dan pack kan sekali baju 2 pasang....mak aiihh..terkejut kite...keesokannye tu, pukul 7 pagi, call dia..hahhhh???..padahal dia pun baru bagun..katanya malam tadi ada on call..terus bagun dan siap-siap..ngantuk pun bersisa lagi time sampai kat umah.

Sambil-sambil tunggu dia sampai tu, sempat la masak sarapan sikit-sikit tuk bawak bekal sekali....sempatlah makan sarapan kat tepi jalan dalam masa ondaway tu..hihihi..sampai destinasi pukul 11.30 pg..isshh..lupa nak bagitau..rupanya dia bawak kita gi AFamosa resort..hehehe..satu hari kat sana..tapi tak stay kat sana pun memandangkan esok pagi dia bekerja..punyalah letih kami hu-ha kat sana. Malam tu balik JB pun kite yang kene drive sebab si driver cakap letih bertengkek-tengkek..esok pagi dah la kena kerja..

Walaupun sejak kebelakangan dia selalu sibuk bekerja sampai kadang tak ada masa nak jumpa, rasa terharu sangat-sangat bawa kite ke sini, walaupun dalam keadaan masih letih, sibuk dan perjalanan yang agak mengambil masa..kata nya, nak celebrate 17hb tu tak boleh, dia kerja siang, kita lak kije malam.. ni aje masa yang ada..nasib baik la girl dia ni faham dan memahami..hihihi.. Ekceli bukan ni kali pertama kami datang sini, cuma ni kali pertama kami datang sini secara berdua..time for two..hihihi..tq so much sayang.. ^^


8 December 2013

Lotus Desaru Beach Resort ~

Bismillahirrahmanirrahim & Assalamualaikum *


Masa cuti sekolah baru-baru ni, mak bawak aqim, kakak dan adik mai Johor..Tapi diaorang datang asing-asing. Mak sampai dulu dengan kakak dan adik. Si Aqim lewat satu hari dari mak sebab kehabisan tiket.. Masa Aqim nak mai ni la ada kisah tragisnya..32Jam terperangkap dalam bas sebab stuck dengan banjir besar kat Kuantan. Jambatan kat kemamam pulak runtuh, so tak boleh nak patah balik ke K.Trg. No water & no food! waaa..nak nagis rasenyer...dupdap dupdap kami ni menuggu dia sampai. .Alhamdulillah akhirnya sampai gak ke JB...sampai je JB terus cari nasi dan mandi..kesian betul kat adik aku..sumpah, lepas ni musim banjir tak nak kasi diaorang jalan jauh-jauh lagi, kalau tak terpaksa!~


Kebetulan lak time tu kak Ngah, kak Ma dan mat Zahil nak terbang ke Sabah..memang tak sempat la diaorang nak jumpa Aqim..pukul 2pagi baru Aqim sampai JB..tu pun sebab bas nekad nak redah jugak air banjir..Nasib baik semuanya selamat...esoknya terus kami berjimba-jimba kat Lotus Desaru Resort (6-7hb Dec 2013)...dasar tak sedar musim monsun..haishh.. -.-.. Family cik Sue pun join sekali , dah jadi ala-ala pre-family renioun laks..hehehe
Gerak dari JB lebih kurang pukul 10pagi...time tu Aqim pun tak cukup rehat lagi..huahuahua.. Kitaorang lalu ikut highway baru (Senai-Desaru), so perjalanan lebih cepat sikit berbanding ikut jalan hutan tu, dalam satu jam dah boleh sampai. Tapi nama je highway, jalannya rosak teruk, jalan satu lorong je, dan tak ada devider pemisah pun dengan jalan yang sebelah..tak macam rupa highway langsung..nasib baik siang hari..kalau malam memang bahaya...


Awal-awal lagi, memang dah standby makanan tengah hari dari umah..jimat satu cost kat situ kan..hihihi..so berpicniclah kami sambil melayan ombak & angin monsun yang kuat time tu..memang seram nak gi dekat gigi air, takut kena tarik ngan ombak..hihihi... Lepas tunggu diorang selesai solat Jumaat, baru la bergerak ke Lotus. Tak jauh pun lokasi Lotus Desaru ni dengan Balau..check-in dalam pukul jam 3ptg.

Malas nak cerita banyak..jom layan gambar.....^^


Tempat 1st, kitaorang picnic (+ makan tengah hari) kat Balau dulu. Ombak mosun kuat sangat time ni.. ~



Mana pergi anak-anak c.Sue time ni ?..
Dua hari duk melayan mini team park ni...seronok!
Kolam renang ni dia asingkan dari team park tu..nak mai sini boleh naik buggy free.. ^^
Falling coconut..semua berebut nak duk bawah tu time air nak jatuh..pastu aksi nak gempak  -.-
Kalau tak nak main air, or boring tengah-tengah malam, boleh main indoor game..gym pun ada.. ^^

Puas hati kalau nak bawak family menginap dan berjimba-jimba kat sini macam kami..hehehe..

1) Kadar sewa tempat menginap agak mahal. Untuk apartment yang macam kami inap tu, lebih kurang rm600 semalam, ada 2 bilik, free breakfast tuk 4person (adults) dan team part wristband tuk 4adults + 1 children.

2) Walaupun dia kata free wristband tu, kita still kena bayar rm5 untuk setiap satu, baru boleh dapat yang free tu..(kalau nak ikut bukan free pun kan, lebih kurang macam diskaun je pon)..means rm5 x 5 wristband (4adults and 1children) = rm25. Kalau nak wristband lebih dari tu, kena beli rm22/adults and rm18/children. Cuma yang best, wristband tu kita boleh pakai selama mana kita menginap kat situ..hehehe..Wristband ni boleh guna untuk team park dan swimming pool. Kalau korang tak pakai, kena halau ngan life guard okay!

3) Untuk coupon breakfast lebih dari 4orang tu kena tambah rm25/aduls and rm15/children. Makan ikut bufate kat Sea View (boleh tengok laut sambil makan), sapa yang makan banyak untung la..

4) Team park bukak dr awal pagi smpai kul 8mlm. Untuk indoor game buka sampai malam kot.. Kalau malas nak jalan dari satu tempat ke satu tempat tu, boleh naik buggy..perkhidmatan dia free je pon..hehehe

5) Nak cari kedai makan kat lua kawasan resort ni agak susah.. Jadi kena pandai-pandai la intai kat tempat yang jauh sikit. Baik bawak makanan dari umah sebab bilik dia disediakan fridge dan microwave...Jimat!

Kalau nak kira kos, memang mengalir macam air je la selama satu malam kat sini.., tapi rasa puas hati sebab semua cakap best dan berpuas hati..service pun bagus..bilik selesa, team park menarik, makan pun sedap..hihihi..merancang next family trip lak..^^

18 November 2013

His Belated Birthday & Her Advance Birthday ~

Bismillahirrahmanirrahim & Assalamualaikum *


gile malas nak menulis datang lg...layankan aje la cerita-cerita lapuk nih..hihihi

11Nov1988...terlahirnya seorang hamba yang bernama Mohd Sufian bin Mohamad....25th years old dah kamu..Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan, dipanjangkan usia, diberikan kekuatan dan dipercepatkan jodoh (dgn sapa la jodoh kamu tu ea..hihihi)..semoga kita akan kekal bersahabat selama-lamanya....love u so much yeah!


His Belated birthday & her advance birhtday cake..~



Exceli, buat birtday parti ni dah lambat..dalam 18hb Nov dah pun..and kebetulan pulak 17hb Dec birthday cik Norlie pulak. So saja je la sambut ''His belated birthday'' sekali dgn ''Her advance birthday''..


Punyalah susah nak berlakon konon ambik cuti 1st half, nak belikan pizza tuk kawan n belikan kek tuk dia, and nak singgah jap umah akak ambik barang..dengan muka toyelnya dia mengikut tanpa rela...sampai umah akak, rupanya semua yang dibeli tu adalah untuk birthday dia..terus muka terkejut dan senyum sampai telinga..hehehe..a big thanks tuk kak ngah sebab sediakan soto yang sedap dan berkomplot dalam penipuan ni..terima kasih juga tuk k ma n amri sebab sudi datang memeriahkan hari kami.. ~~


30 August 2013

Cerita Ramdhan 2013/1434~

sekarang dah masuk 24 Syawal..Ahaks..jauh gile kita patah balik ke belakang yer..ni pasal dah lama gile malas nak menaip..duk stalker blog orang je yang rajin..hihihihi..

Okay..firstly kita nak bagi tahu, sepanjang menyambut bulan Ramadhan yang lepas, hari kerja kita jatuh pada hujung mggu jer..sampai la Syawal tiba..saadis betul..dan dalam sepanjang Ramadhan yang lepas juga hanya 2kali memijakkan kaki ke Bazar Ramadhan..tu pun bazar yang kat sebelah umah jer..hihihi..nak cite kat cni, Alhamdulillah saya mampu mencapai target untuk berjimat di sepanjang Ramadhan yang lepas..(senyum lebar-lebar)

Yang ke-2, kisah yang paling (mungkin) tak akan dilupakan sampai bila-bila dan menjadi pengajaran buat diri sendiri. Seperti yang diceritakan dalam entry yang lepas, saya teringin sebenarnya nak g solat terawih. Pada satu hari tu (dalam pertengahan Ramadhan), akhirnya tercapai jugak hasrat saya nak bersolat terawih berjemaah di masjid. Memandangkan jarak masjid yang saya pergi tu agak jauh jugak dari rumah, jadi terpaksalah pergi dengan kereta..sorang-sorang je hari tu. Solat terawih tu habis dalam pukul 10.15PM.

Dalam perjalanan balik tu, singgah la kejap tuang minyak kat shell yang dekat dengan umah tu. Dah settle semua, teruskan perjalan nak balik umah macam biasa. Maklumlah saya ni menyewa umah kampung jer. Sampai je simpang jalan nak masuk ke kampung tu, tiba-tiba kereta saya dihimpit dan dihalang oleh sebuah kereta yang tak di kenali (kereta kenari warna hijau gelap..plate kat depan J..yang lain lupa sebab panic)..kat tempat tu dah la gelap-gelap sikit, sunyi dan pakai angin tingkap jer..saya pun terus tutup semua tingkap, pastikan pintu berkunci dan sorokkan barang-barang yang ada kat atas seat sebelah. Masa tu kelu kejap tak tahu nak lari mana..bila saya reverse, kereta tu pun..bila ke depan dia pun ikut kedepan..dalam kepala duk pikir, lau saya reverse sampai ke jalan besar, mana nak lari..takut jugak dia kejar kita sampai langgar-langgar ke..tembak-tembak ker..

lepas 2-3 kali duk reverse dan kedepan tu..tiba-tiba pemandu melayu kereta tu keluar dan bagi isyarat suruh tunggu. Terus dia menuju ke tayar belakang kereta dia konon-konon macam ada masalah. Masa tu memang gear kereta saya dalam keadaan reverse, sambil tangan bersedia nak tekan hon..lepas seminit dua, dia masuk balik kereta dan reverse bagi saya laluan..terus saya lalu..dan nampak ada sorang lagi pemuda melayu kat tepi driver tu..masa tu juga barulah saya perasan ada sekumpulan budak-budak kampung tengah melepak kat tepi jalan tak jauh dari tempat kejadian...sampai aje depan budak-budak yang melepak tu, saya perlahankan kereta, dan nampak dari cermin, kereta tersebut dah pun keluar dari jalan kampung tu dan menuju ke jalan besar..lega gilar rasenye bila dah terselamat..sesampai je kat umah, dalam kedaan ketakutan buka pintu, boleh pulak tertinggal kunci kat tombol luar pintu tu sampai pagi...adoi.....nasib baik tak berlaku apa-apa lagi malam tu..terus lepas kejadian tu saya dah kurang memandu sorang-sorang bila malam, tak pergi tuang minyak malam-malam dan selalu perhati kiri kanan bila nak kereta nak bergerak.

Okay lah...kita sambung lagi citer untuk Syawal pulak dalam enty akan datang..'',


9 July 2013

Ramadhan datang lagi~

Alhamdulillah...azan magrib pun dah berkumandang. Dan secara officialnya Ramadhan 1434 Hijriyah pun dah bermula..Di kesempatan ini, saya dengan merendah diri, dan setulus hati mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua yang umat Islam di seluruh dunia ni..semoga ibadah puasa kita pada tahun ini diiringi dengan 1001 rahmat..Doakan lah juga untuk saudara-saudara seislam kita yang sedang berada di negara-negara yang bergolak seperti Palestin, Mesir dan Jordan...semoga Allah tingkatkan kesabaran mereka dan tetapkan hati mereka untuk menjalani ibadah puasa dengan lebih baik.

Di kesempatan ini juga, saya menyusun sepuluh jari memohan maaf atas silap dan salah saya yang secara sengaja ataupun tidak..yelah, saya ni hanyalah insan biasa yang punya kekurangan dan kelemahan..saya tak mahu ibadah puasa saya terganggu disebabkan perasaan salah dalam diri ini..bukan saja pada manusia tetapi yang lebih penting pada Dia Yang Satu, Allah..semoga Allah mengampunkan kita semua..

Sebut pasal Ramadhan, mesti teringatkan terawih..malam ni dah start terawih, korang pergi tak?.. memang lah yang biasa kita dengar malam yang paling afdhal dan terdapat didalamnya satu malam 1001 rahmat atau senang sebut malam lailatul-Qadar ialah 10 malam terakhir...tapi kan lebih bagus kalau malam-malam terawal ni pun kita berlumba-lumba untuk kemasjid..awal-awal Ramadhan ni tubuh badan kita pun masih kuat..kita tak tahu kut esok-esok Allah tarik nikmat sihat kita tu..melepas lah kita nak merasa indahnya terawih tu kan..

Heheheh..cakap kat orang..saya ni pun entah la..sepanjang duduk merantau ni susah sikit nak pergi terawih..pergi masjid tu memang la ada..tu pun bila time solat bila saya berada kat luar..tapi untuk berterawih, dekat masjid yang dekat dengan rumah ni agak segan sedikit..saya ni dah la tak mesra alam dengan jiran-jiran sekeliling..sebab....faham2 je la kalangan orang-orang kampung ni kan..hihihihi..tak nak fikirkan buruk-buruk..tapi saya ni memang tak serasi sikit dengan orang-orang sini...ya Ampun....  (semoga Allah menghilangkan perasaan buruk saya ni)..jadi kalau puasa-puasa yang lepas, saya hanya mampu berterawih sorang-sorang kat bilik..kalau balik kampung baru lah dapat merasa terawih berjemaah...very poor me!..rasa rugi sangat.. =(

Okay..akhir kata, selamat berpuasa semua..jauhkan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa, yang boleh mendatangkan keburukan kepada ibadah puasa dan tambahkan lah amal ibadah yang lain supaya kita beroleh barakah Ramadhan ni...Jalanilah ibadah puasa ni dengan penuh ketaatan dan kesabarn...semoga Allah melimpahkan seribu satu rahmat kepada kita semua..Ramdhan Ya Kareem..

  

4 July 2013

Sometimes...~



Sometimes, Allah breaks your spirit to save your soul.

Sometimes, HE breaks our heart to make us whole.

Sometimes, Allah allows pain so we can be stronger.

Sometimes, Allah sends us failure so we can be humble.

Sometimes, Allah allows illness so we can take better care of ourselves.

Sometimes, Allah takes everything away from us so we can learn the value of everything HE gave us.

Make plans but understand that we live by Allah’s grace. Ameen..




28 June 2013

26 June 2013

Lemon Tree - Fool'S Garden~

Jom layan Lemon Tree by Fool's garden sekitar tahun 1995/96..sangat lagend dan unik...love it!


I'm sitting here in the boring room
It's just another rainy Sunday afternoon
I'm wasting my time
I got nothing to do
I'm hanging around
I'm waiting for you
But nothing ever happens and I wonder

I'm driving around in my car
I'm driving too fast
I'm driving too far
I'd like to change my point of view
I feel so lonely
I'm waiting for you
But nothing ever happens and I wonder

I wonder how,I wonder why
Yesterday you told me 'bout the blue blue sky
And all that I can see is just a yellow lemon-tree
I'm turning my head up and down
I'm turning turning turning turning turning around
And all that I can see is just another lemon-tree

Sing, dah...

I'm sitting here,I miss the power
I'd like to go out taking a shower
But there's a heavy cloud inside my head
I feel so tired
Put myself into bed
While nothing ever happens and I wonder

Isolation is not good for me
Isolation I don't want to sit on the lemon-tree
I'm steppin' around in the desert of joy
Baby anyhow I'll get another toy
And everything will happen and you wonder

I wonder how,I wonder why
Yesterday you told me 'bout the blue blue sky
And all that I can see is just another lemon-tree
I'm turning my head up and down
I'm turning turning turning turning turning around
And all that I can see is just a yellow lemon-tree
Yellow, wonder, wonder

I wonder how,I wonder why
Yesterday you told me 'bout the blue blue sky
And all that I can see, and all that I can see, and all that I can see
Is just a yellow lemon-tree




25 June 2013

My 1st Nasi Ayam~

Assalamualaikum..semalam belajar buat nasi ayam..resepi semua main tengok kat internet jer..setelah bertungkus lumus sorang-sorang kat dapur, dapat lah hasilnya..not too bad for the first trial..the taste is good even appearance not too attractive  kan..siap dapat komen membina lagi dari dia..hihihihi..


abaikan semua yang serabai!

Rupa memang tak berapa nak cantik untuk 1st trial..tapi sangat-sangat berpuas hati bila dapat makan hasil air tangan sendiri, dan gembira tengok dia makan siap tambah lagi..In Sha Allah saya akan bertambah rajin lagi praktis masak memasak ni..kata nak kawin kan?..hihihi


23 June 2013

Setia Hujung Nyawa~

My 1st ever surprise from him...acelli awal  bulan April lagi dapat hadiah ni..tp tiba-tiba je rasa sangat sweet mlm ni..hehehehe...tanpa angin tanpa ribut, dia yang lurus 'begeer' (terengganu-rians maksudnya 'macam') kayu tu hadiahkan novel ni..terkejut kita..dah lama kot cari tak jumpa..nasib ada orang yang hadiahkan..hihihi..

Gambar Enset yang tak chantikq!

 Terima kasih sayang..mood rindu di awal pagi^^




22 June 2013

Sami Yusuf - Make Me Strong ~


 
I know I’m waiting
Waiting for something
Something to happen to me
But this waiting comes with
Trials and challenges
Nothing in life is free

My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong

Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong

I know I’m waiting
Yearning for something
Something known only to me
This waiting comes with
Trials and challenges
Life is one mystery

I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day you’ll forgive me
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
I beg for your mercy

My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong

Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong

##Ya Allah..please make me strong...in facing this duniawi life... Amin~

16 June 2013

JODOH : Keluarga @ Hati??~


Assalamualaikum blog...lama tak berisi yer..

Sensetipnye itewww....pilihan keluarga @ pilihan hati..di zaman moden ni kebanyakkan anak-anak dah ada pilihan hati sendiri tak kiralah bermula dari sekolah, tempat belajar ataupun dari kalangan teman sekerja..bila dah bercinta, mereka akan merasakan 'tiada apa yang akan dapat memisahkan mereka'...betul kan?

Walaupun begitu, hak keluarga untuk ''memilih'' kenalah dipikir-pikirkan jugak..dari 'merah' lagi mak ayah duk bela dan didik sampai besar sempurna, hak dia jugak lah nak tentukan siapa yang akan mengantikan/menggalas tanggungjawab pada anaknya suatu hari nanti.. walaupun sayang sangat kat kekasih pilihan tu, cuba fikirkan, masa kita masih bayi dulu..yang tak tahu apa-apa siang malam duk nangis, sapa yang jaga kita?..bekorban untuk kita?...

Tapi pilihan kerluarga @ pilihan hati sendiri ni ada pro dan contranya yang tersendiri.


Pilihan keluarga pilihan yang terbaik?

1)      Biasanya pilihan keluarga adalah dari kalangan sahabat dan saudara mara yang ibu ayah kita kenali. Mereka telah mengetahui asal usul, agama dan perangai bakal calon kita dan keluarganya. Ibu dan ayah tidak mungkin sesekali akan menjodohkan kita dengan keluarga yang tidak baik asal usul keturunan dan pastinya mereka mencarikan kita jodoh yang baik agamanya.

2)      Jodoh yang ditentukan oleh orang tua pastinya mendapat restu sepanjang hayat.

3)      Hubungan yang sedia terjalin antara kita dan pasangan pasti akan lebih erat lagi selepas berkahwin.

4)      Kemesraan mudah terjalin jika jodoh datang dari keluarga. Pastinya ibu bapa akan lebih mesra dengan mertua kita dan kita juga pasti mudah menyesuaikan diri bersama ipar duai berbanding langsung tidak mengenali mereka tentunya kita akan rasa janggal duduk dalam kelompok orang asing.

Pilihan sendiri lebih baik?

1)      Jika jodoh kita adalah dari pilihan kita sendiri pastinya kita lebih mengenali hati budi pasangan. Mudah untuk kita menyesuaikan diri apabila bernikah kelak kerana telah tau perangai dan apa saja yang dia suka atau tidak. Lebih serasi dan mudah mesra.
 
2)      Dapat memanjangkan silaturrahim antara dua keluarga. Jika saling tidak kenal antara dua keluarga inilah masanya untuk berkenal-kenalan dan berukhwah antara satu sama lain. Memanjangkan silaturrahim adalah perkara yang dituntut dalam Islam.

3)      Setia ke akhir hayat dapat kita tunjukkan kepada keluarga walau kita tidak mengenali keluarga pasangan sebelum berkahwin. Ini membuktikan bahawa cinta setia mampu kekal bahagia selamanya.

Both of the way ada pro dan contranye..ni lah yang membuatkan saya makin rase keliru...opss...kalau dah tak boleh nak pilih mana pilihan yang terbaik, perlulah berserahlah pada Allah..Dialah yang menciptakan manusia berpasang-pasangan..banyakkan doa dan solat Istikharah..Insya-Allah ada jalan penyelesaiannya.. tp cik Norlie masih tak nampak mana satu jodoh cik Norlie (0_o)..Munking inilah ujian Allah..nak uji sejauh mana cinta dunia saya...ya Allah..tenangkanlah hati ini..