The Good Things We Do Today, Is The Happiness For Tomorrow!

8 December 2013

Lotus Desaru Beach Resort ~

Bismillahirrahmanirrahim & Assalamualaikum *


Masa cuti sekolah baru-baru ni, mak bawak aqim, kakak dan adik mai Johor..Tapi diaorang datang asing-asing. Mak sampai dulu dengan kakak dan adik. Si Aqim lewat satu hari dari mak sebab kehabisan tiket.. Masa Aqim nak mai ni la ada kisah tragisnya..32Jam terperangkap dalam bas sebab stuck dengan banjir besar kat Kuantan. Jambatan kat kemamam pulak runtuh, so tak boleh nak patah balik ke K.Trg. No water & no food! waaa..nak nagis rasenyer...dupdap dupdap kami ni menuggu dia sampai. .Alhamdulillah akhirnya sampai gak ke JB...sampai je JB terus cari nasi dan mandi..kesian betul kat adik aku..sumpah, lepas ni musim banjir tak nak kasi diaorang jalan jauh-jauh lagi, kalau tak terpaksa!~


Kebetulan lak time tu kak Ngah, kak Ma dan mat Zahil nak terbang ke Sabah..memang tak sempat la diaorang nak jumpa Aqim..pukul 2pagi baru Aqim sampai JB..tu pun sebab bas nekad nak redah jugak air banjir..Nasib baik semuanya selamat...esoknya terus kami berjimba-jimba kat Lotus Desaru Resort (6-7hb Dec 2013)...dasar tak sedar musim monsun..haishh.. -.-.. Family cik Sue pun join sekali , dah jadi ala-ala pre-family renioun laks..hehehe
Gerak dari JB lebih kurang pukul 10pagi...time tu Aqim pun tak cukup rehat lagi..huahuahua.. Kitaorang lalu ikut highway baru (Senai-Desaru), so perjalanan lebih cepat sikit berbanding ikut jalan hutan tu, dalam satu jam dah boleh sampai. Tapi nama je highway, jalannya rosak teruk, jalan satu lorong je, dan tak ada devider pemisah pun dengan jalan yang sebelah..tak macam rupa highway langsung..nasib baik siang hari..kalau malam memang bahaya...


Awal-awal lagi, memang dah standby makanan tengah hari dari umah..jimat satu cost kat situ kan..hihihi..so berpicniclah kami sambil melayan ombak & angin monsun yang kuat time tu..memang seram nak gi dekat gigi air, takut kena tarik ngan ombak..hihihi... Lepas tunggu diorang selesai solat Jumaat, baru la bergerak ke Lotus. Tak jauh pun lokasi Lotus Desaru ni dengan Balau..check-in dalam pukul jam 3ptg.

Malas nak cerita banyak..jom layan gambar.....^^


Tempat 1st, kitaorang picnic (+ makan tengah hari) kat Balau dulu. Ombak mosun kuat sangat time ni.. ~



Mana pergi anak-anak c.Sue time ni ?..
Dua hari duk melayan mini team park ni...seronok!
Kolam renang ni dia asingkan dari team park tu..nak mai sini boleh naik buggy free.. ^^
Falling coconut..semua berebut nak duk bawah tu time air nak jatuh..pastu aksi nak gempak  -.-
Kalau tak nak main air, or boring tengah-tengah malam, boleh main indoor game..gym pun ada.. ^^

Puas hati kalau nak bawak family menginap dan berjimba-jimba kat sini macam kami..hehehe..

1) Kadar sewa tempat menginap agak mahal. Untuk apartment yang macam kami inap tu, lebih kurang rm600 semalam, ada 2 bilik, free breakfast tuk 4person (adults) dan team part wristband tuk 4adults + 1 children.

2) Walaupun dia kata free wristband tu, kita still kena bayar rm5 untuk setiap satu, baru boleh dapat yang free tu..(kalau nak ikut bukan free pun kan, lebih kurang macam diskaun je pon)..means rm5 x 5 wristband (4adults and 1children) = rm25. Kalau nak wristband lebih dari tu, kena beli rm22/adults and rm18/children. Cuma yang best, wristband tu kita boleh pakai selama mana kita menginap kat situ..hehehe..Wristband ni boleh guna untuk team park dan swimming pool. Kalau korang tak pakai, kena halau ngan life guard okay!

3) Untuk coupon breakfast lebih dari 4orang tu kena tambah rm25/aduls and rm15/children. Makan ikut bufate kat Sea View (boleh tengok laut sambil makan), sapa yang makan banyak untung la..

4) Team park bukak dr awal pagi smpai kul 8mlm. Untuk indoor game buka sampai malam kot.. Kalau malas nak jalan dari satu tempat ke satu tempat tu, boleh naik buggy..perkhidmatan dia free je pon..hehehe

5) Nak cari kedai makan kat lua kawasan resort ni agak susah.. Jadi kena pandai-pandai la intai kat tempat yang jauh sikit. Baik bawak makanan dari umah sebab bilik dia disediakan fridge dan microwave...Jimat!

Kalau nak kira kos, memang mengalir macam air je la selama satu malam kat sini.., tapi rasa puas hati sebab semua cakap best dan berpuas hati..service pun bagus..bilik selesa, team park menarik, makan pun sedap..hihihi..merancang next family trip lak..^^

No comments :

Post a Comment