Bismillahirrahmanirrahim & Assalamualaikum *
Hari ni genap seminggu bergelar tunangan orang.. Alhamdulillah, majlis ringkas minggu lepas berjalan dengan lancar sekali. Walaupun agak kelam kabut sebab tak cukup manpower, tapi kami tetap berpuas hati dengan perjalanan majlis. Terima kasih kepada tetamu-tetamu yang datang malam tu, dan kepada keluarga, terima kasih kerana bersama-sama bantu membantu.
Feeling?...hmm..tak ada special feeling pon walaupun dah diikat secara official..hahahaha..entah la. Mybe sebab kitaorang dah lama sangat berkawan kot..dah tahu sangat perangai dan pe'il masing-masing.
Cuma ada rasa lebih matang dan makin bersedia untuk melangkah ke fasa seterusnya..^^
Cuma ada rasa lebih matang dan makin bersedia untuk melangkah ke fasa seterusnya..^^
Tentang persiapan tu, memang kelam kabut. Dari segi hantaran dan pelamin, memang 100% air tangan aku. Walaupun ada yang complaint semuanya sangat-sangat simple, aku tetap berpuas hati sebab semua tu DIY. Bermula dari penyediaan bahan, idea dan deko totally aku yang buat sendiri. Sangat jimat dan kedekut okay!..hahahah (gelak besor-besor)..even mak aku sendiri pun cakap yang aku ni sangat kedekut..!
Pada aku, kedekut tang ni sangat bagus, sebab kita seboleh-bolehnya elakkan pembaziran. Buat hantaran vouge-vouge, last sekali jadi sampah juga. Yang penting, barangan kat atas tu aje kan. Sewa pelamin mahal-mahal, paling lama duduk kat situ pun 1jam aje. Pada aku semua tu sangat-sangat membazir. Lebih baik duit tu buat beli barang hantaran yang lebih berkualiti atau hidangkan makan yang sedap-sedap..Dapat jugak pekdahnye..
Next post, InshaAllah kita buat review pulak. Jom belanjer gambar project DIY E-Day kami.