Because I'm cik Norlie

The Good Things We Do Today, Is The Happiness For Tomorrow!

24 December 2014

Indahnya jika bersyukur ~


Bismillahirrahmanirrahim & Assalamualaikum *

Lumrah manusia..yang kat depan mata tak dihargai, bila dah tak ada baru nak di tangisi.. Sebelum kes cincin bertunang hilang, sebenarnya saya selalu cakap dekat en.Tunang..

''Suatu hari nanti, saya nak tukar jugak cincin ni''
bila dia tanya kenapa ?...
macam-macam jawapan saya keluar..besar la..tak cantik la..nanti nak beli yang lebih up to date lah..blablabla

last..last..bila dia hilang..macam hilang akal mencari.. geledah sana sini.. jantung dup dap dup dap..pasal takut kene marah..padan muka..baru terasa sentimental value sebentuk cincin emas tu.

Dalam masa hilang tu, macam-macam dalam kepala. Orang ambik ke? jatuh/silap letak ke?...atau..cincin tu merajuk pasal tuannya kuat sangat mengeluh. Selalu yang dengar, kalau kita nak marahkan kereta kita or nak upgrade kereta, jangan cakap dekat kereta tu, nanti merajuk dia & meragam macam-macam lah nanti..hmm..ye ke?

Masa operasi mencari dan menyelamat dilakukan..hand bag lah menjadi mangsa..berkali-kali digeledah orang..mak, adik, kakak dan saya sendiri yang kerjakan..habis semua barang dikeluarkan, diketuk-ketuk, diterbalikkan..tetap tak jumpa cincin kat dalam beg tu.

Tapi kan..jeng jeng jeng jeng jeng..satu keajaiban telah berlaku.

Nak dijadikan cerita, suatu hari, dengan niat nak mencari kunci kat dalam poket beg, tiba-tiba tersarung something kat jaris manis.. bila dikeluarkan tangan.. rupa-rupanya My Engagement Ring, yang dah 3 minggu rindu kat dia. Padahal, lepas pada kes hilang tu, beg yang sama lah saya bawak jalan -jalan. Poket yang sama simpan barang, tak pernah pulak tersarung. Terus selongkar, nak cari satu lagi partner dia yang hilang..and YES..memang ada cincin yang dicari satu lagi tu..memang hairan bin ajaib..macam mana cincin tu ada dalam tu dan dengan mudahnya dijumpai ???

Terus call mak dan en.Tunang..gembiranya kami tak terkata..masa tu rasa nak melompat-lompat..sampai keluar air mata..

Dan baru saya sedar..mungkin ini lah hikmahnya..manusia perlu bersyukur dengan segala yang ada depan mata. Perlu menerima dan menghargai apa yang diberi dan dimiliki.. sejak dari jumpa, kemana-mana saja pergi, cincin bertunang ni lah yang sentiasa menemani jari manis..dan en.Tunang pula tersenyum sayang sentiasa bila tengok cincinnya dijari manis tunangnya. Alhamdulillah..indahnya bersyukur..



8 December 2014

December ~


Bismillahirrahmanirrahim & Assalamualaikum *

November dah pergi, sekarang dah masuk bulan December. Bermakna dah 4bulan selamat menjadi tunangan orang. Ada baki lagi genap 6bulan sebelum majlis. Orang kata, bertunang ni banyak pantang larang dan dugaannya.

Masa mula-mula bertunang, tak ambik endah sangat bila orang cakap pasal dugaan ni. 28hb lepas, balik kampung dengan en.tunang dan kakaknya yg preggy duk kat Bahau tu. Bermacam-macam dugaan yang menimpa. Walaupun ada sayu di hati, paksa jugak bibir tuk senyum. 

Bermulanya nak drive dari JB - Bahau, kami masing-masing terlupa yang lesen memandunya dah tamat tempoh. Kat atas highway baru teringat. Turun Melaka nak cari Post office. Dah sejam menunggu, tiba-tiba orang post office tu cakap server JPJ down. Asal plan nak bertolak dr Bahau - Trg jam 2pm. Malangnya sampai bahau pun dah pukul 5.30pm. Terpaksa lah jugak drive sampai Trg tanpa lesen. Yang kelakarnya, sepanjang perjalanan tu tak terserempak pulak dengan road block, sampai je kat jalan nak masuk lorong rumah, ada pulak polis tu buat road block...hahahaha..en.tunang buat muka tak bersalah, tak berhenti terus masuk lorong. Tuan polis pulak, dengan muka pelik tengok kami sambil menyuluh-nyuluh lampunya kearah kereta. Memang kelakar.

Itu kes lesen. Esoknya (hari ke-2), lepas bergumbira dapat jumpa my best friend and family kat Batu Buruk, kami terlibat dengan kes eksiden kereta-motor pulak. Si pemandu motor patah kaki dan pembonceng terseliuh kaki. Nak tak nak terpaksa jugak lah pergi buat report polis pasal nak claim insurans kereta dan jugak pasal kecederaan pemandu motor tu. Dapat lah surat cinta dari tuan sarjan bernilai rm300. Esoknya pergi pejabat insurans, kena pulak cas rm400 pasal eksiden berlaku bukan disebabkan oleh penama dalam insurans. Pandai betul diaorang ni berniaga...menangis dalam hati nak menghulur tu..

Hari ke-3, satu hari ni dipenuhi dengan sesi mencari bridal dan outing dgn bakal keluarga. Malamnya, baru tersedar cincin tunang dan cincin hasil titik peluh hilang. Seingatnya,  cincin tu diletak kedalam poket bag sebelum mandi dekat dengan waktu magrib. Tapi time tu memang tak der sesiapa pun kat umah. Dicari satu rumah, sampai mak, kakak dan adik tolong carikan, sampaikan dah balik JB pun tak jumpa-jumpa jugak. Tak boleh nak blame sapa-sapa dan dalam hati sedih sangat-sangat. En.tunang cakap, mungkin tu bukan rezeki kita. Walaupun en.tunang cakap tak perlu ganti sebab banyak duit nak pakai untuk majlis, tetapi jugak bertekad nak menyimpan tuk ganti balik cincin yang hilang tu. Luaran nampak en.tunang tenang je, tapi dalam hati sapa tahu kan.

Dalam hati yang tak tenang, selamat dah pun kembali ke Johor. Jiwa masih lagi kat kampung. Terbayang-bayang wajah tua mak, ayah, tok tokki, terbayang wajah ceria adik-adik dan anak buah, teringat dengan si Faris yang sangat manja & sedih bila ditinggalkan che Dernya...aduhh..duhai hati..bersabarlah.

Lega jugak, sebab time balik hari tu, mak dan belah lelaki dah setuju tetapkan tarikh majlis kami. Pelamin, andaman dan khemah pun dah di tempah. Insya-Allah, bulan Jan, March dan May ni kami akan balik lagi untuk settlekan urusan-urusan yang lain. Kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan.


9 August 2014

02/08/2014 - Engagement Day ~


Bismillahirrahmanirrahim & Assalamualaikum *

 Hari ni genap seminggu bergelar tunangan orang.. Alhamdulillah, majlis ringkas minggu lepas berjalan dengan lancar sekali. Walaupun agak kelam kabut sebab tak cukup manpower, tapi kami tetap berpuas hati dengan perjalanan majlis. Terima kasih kepada tetamu-tetamu yang datang malam tu, dan kepada keluarga, terima kasih kerana bersama-sama bantu membantu.

Feeling?...hmm..tak ada special feeling pon walaupun dah diikat secara official..hahahaha..entah la. Mybe sebab kitaorang dah lama sangat berkawan kot..dah tahu sangat perangai dan pe'il masing-masing.
Cuma ada rasa lebih matang dan makin bersedia untuk melangkah ke fasa seterusnya..^^

Tentang persiapan tu, memang kelam kabut. Dari segi hantaran dan pelamin, memang 100% air tangan aku. Walaupun ada yang complaint semuanya sangat-sangat simple, aku tetap berpuas hati sebab semua tu DIY. Bermula dari  penyediaan bahan, idea dan deko totally aku yang buat sendiri. Sangat jimat dan kedekut okay!..hahahah (gelak besor-besor)..even mak aku sendiri pun cakap yang aku ni sangat kedekut..!

Pada aku, kedekut tang ni sangat bagus, sebab kita seboleh-bolehnya elakkan pembaziran. Buat hantaran vouge-vouge, last sekali jadi sampah juga. Yang penting, barangan kat atas tu aje kan. Sewa pelamin mahal-mahal, paling lama duduk kat situ pun 1jam aje. Pada aku semua tu sangat-sangat membazir. Lebih baik duit tu buat beli barang hantaran yang lebih berkualiti atau hidangkan makan yang sedap-sedap..Dapat jugak pekdahnye..

Next post, InshaAllah kita buat review pulak. Jom belanjer gambar project DIY E-Day kami.






   Sekian ~


8 August 2014

Eid Mubarak 2014~


Bismillahirrahmanirrahim & Assalamualaikum *

Salam Syawal. Mak aih..dah 2 minggu raye baru nak bercerita pasal raye. Tahun ni hari raye tak macam biasa. Mak ayah adik-adik pun cakap raye tahun ni tak meriah. Kak long tak balik semenanjung, kak Ngah beraya dengan mertua di Melaka, dan kak Ma pulak beraya di kilang. 

Yang paling tua, aku aje lah. Paling terasa sedihnya, malam raye sunyi je umah mak. Biasanya, malam raye mesti bising dengan suara budak-budak. Kalau dulu suara adik-adik yang kecik lagi time tu, pastu pulak suara anak-anak buah. Sekarang adik-adik pun dah besar, anak sedara pun semua tak balik, sayu je tengok orang tua mak ayah.

Pagi raye, macam biasa, awal pagi semua bersiap nak pergi solat raye. Tinggal aku dan kakak je yang bersiap kat rumah. Bila semua dah balik dari masjid barulah sarapan dan salam raya, nangia-nangis, berselfie, terus ke rumah tok dan ke kuburan tok wan dan tokki pulak. Rumput-rumput di cabut kemudian Yassin di baca besama-sama.
Petang raye tu, semua bersidai je dekat umah. Masing-masing dah penat dan tak der mood raye.
Raya ke-2 baru lah ziarah ke rumah sedara mara dan jiran tetangga.
Raye ke-3, Barulah happy sikit kat rumah bila Ahmad Zahil balik sampai kampung...yeaayy..

Alhamdulillah, malam raye-3 tu hari perjumpaan keluarga besar Haji Abas berjalan dengan penuh kesyukuran dan meriah sangat. Azan Isyak yang Abg Man laungkan malam tu merdu sangat-sangat. Sekali dengar ingatkan azan radio..Subhanallah..Lepas solat Isyak berjemaah, ada solat hajat, bacaan yassin dan tahlil untuk arwah tok wan dan tokki.
Menu utama malam tu adalah kambing dan BBQ ayam.. Macam tahun-tahun yang sudah, setiap keluarga akan bawak satu menu, dan menu dari keluarga kami pulak laksam..Sooodapp sangat!... Tuan rumah siap pasang kanopi 2biji...dah macam kenduri pulak..hihihi..Terima kasih banyak-banyak tuan rumah sebab bagi sokongan tuk majlis tahunan kita ni. Giliran rumah kami tahun lepas, jadi tahun depan giliran rumah keluarga lain pulak. Mak ada 10orang adik beradik, jadi tuan rumah akan bergilir-gilir sampailah yang ke-10.

Bancian keluarga Haji Abas 2014:
Anak = 10orang
Cucu = 66orang
Cicit = 60 Orang

Itu la, besarnye ahli keluarga kami. Tu baru sepupu, belum masuk 2pupu 3pupu..hihihi..



Lepas raya ke-3, kami sekeluarga dah sibuk dengan majlis lain pulak. Raye ke-4 sepupu bertunang, dan jemputan-jemputan majlis kawin kat kampung. Walaupun penat duk kat kampung, tapi rase seronok sangat. Langsung tak fikir hal-hal kerja dan semua yang berkaitan kat johor ni..tak puas enjoy kat kampung..

Tahun depan InshaAllah, raya kami akan lebih meriah berbanding tahun ni. Mak pun dah tak sabar nampaknya nak menerima orang baru dalam family..hihihi..semoga doa-doa mak untuk kami sekeluarga dimakbulkan Allah.