Berita negara yang terhangat dan terkini...PENCEROBOHAN di SABAH...
Ya Allah...dah hampir sebulan kes ni berlarutan..sampai hari ni pun belum ada penyelesaian sebab puak-puak yang mengaku pengikut Sultan Sulu masih lagi berdegil...walaupun saya kat semenanjung, tapi kak long saya sekeluarga berada kat Sandakan sekarang..Bimbang sangat-sangat rasa nya bila kak long ceritakan macam-macam kejadian kat sana..
Kalau diikutkan peta, Sandakan memang la jauh dari Lahad Datu mahupun Semporna..apatah lagi kat media-media tak sentuh berita-berita di luar kawasan zon merah (Lahad Datu dan Semporna)..tapi kak long kata, kat Sandakan pun dah jadi zon kuning (zon berjaga-jaga)..kat sana pun ramai puak-puak Sulu yang dah bersiap sedia..pihak keselamatan dah pun berjaga-jaga 24jam..bunyi siren sana sini..bila tiba waktu malam, ada keadaan elektrik akan di 'cut off' untuk tujuan keselamatan....
Setiap hari bila berkelapangan, mesti cari berita-berita kat Sabah ni..saya pun pelik..kenapa puak-puak Sulu yang mengaku Islam ni boleh menyerang saudara sesama Islam mereka dengan begitu kejam sekali??..sudah hilangkah adat Islam dalam diri mereka..mengikut sejarah memang lah puak Sulu yang berasal dari lanun ni hebat..tapi sehebat mana pun mereka..tak sedar ke mereka masih tak boleh melawan hebatnya Allah....macam-macam orang cakap kat blog-blog..diaorang pakai ilmu hitam la..bomoh la..tapi adakah mereka yang datang menyerang negara kita betul-betul Islam..Hanya Allah sahaja yang tahu...Ya Allah..buktikan lah kehebatan-Mu pada mereka..=(
Berbalik pada kisah kak long tadi, diorang anak beranak memang takut sangat..nak nak lagi bila tiba waktu malam..sebab bila malam la macam-macam boleh jadi..pukul 7mlm, kata kak long, dah tak ada kenderaan kat jalan-jalan..tidur malam pun tak lena..semuanya berkurung dalam rumah. Di siang hari, aktiviti masih seperti biasa. Tapi kebanyakkan budak-budak dah tak pergi sekolah..semua sekolah lengang..tinggal guru-guru je kat sekolah..(maklum la kak long dan husband mengajar kat sekolah)..nasib baik la kak long ada ramai kawan-kawan dari kalangan pihak keselamatan..banyak juga lah info-info yang dia tahu..at least boleh la dia berjaga-jaga bila tahu apa-apa berita..
Masa awal-awal pertempuran hari tu pun, saya selalu juga merungut, kenapa diaoarng tak keluarkan tentera-tentera kita yang kuat tu..kenapa pihak keselamatan masih benarkan rundingan dengan pihak penceroboh..kenapa perlu lagi ramai oramg-orang kita yang meninggal....tapi...selepas pihak keselamatan kita keluarkan anggota-anggota khas, jet, kereta kebal dan bom-bom...baru la faham..Negara kita memang inginkan keamanan..sebab tu rundingan di buat..dan itulah dia taktik keselamatan..tabik spring kat pasukan keselamatan kita kerana dalam kita tak tahu, sebenarnya pasukan keselamatan kita juga handal..malah lagi handal daripada yang difikirkan dari sebelum ini...
Terima kasih kepada pihak-pihak keselamatan yang berjiwa waja untuk menegakkan keamaanan negara kita..kepada pihak-pihak yang sibuk nak mengkritik tu, korang rasa korang mampu ke buat macam tu..korang sanggup ke terbang ke sana untuk memperjuangkan nyawa semata-mata untuk kedaulatan negara??...(hihihihihi..jgn ada yang terasa sudah)...kak long yang berada di sana sendiri pun cakap, nasib ada anggota keselamatan yang mengawasi keadaan kat sana..tak adalah rasa takut sangat bila nak kemana-mana di siang hari..waktu mlm pun masih ada rondaan yang buat walaupun Sandakan masih di zon kuning..
Saya doakan keadaan kat sana kembali seperti biasa..Ya Allah..hanya kuasa-Mu sahaja yang boleh melawan kedegilan mereka..dan hanya dengan pertolongan-Mu sahaja kami mampu bertahan..kuatkan lah iman mereka, kuatkan lah pertahanan mereka, berikanlah kekuatan yang luar biasa pada diri mereka..dan cekalkan lah hati-hati pejuang kami yang Ya-Allah..selamatkan lah mereka dari malapetaka yang dasyat..permudahkanlah kemenangan mereka..hapuskanlah mereka-mereka yang cuba merosakkan keamanan kami...tak lupa juga, selamatkan lah seluruh penduduk Sabah..semoga Engkau kurniakan kepada mereka ketabahan, kesabaran, kekuatan dan perlindungan dari sebarang kejadiaan yang buruk.. ^^
9 March 2013
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)