The Good Things We Do Today, Is The Happiness For Tomorrow!

1 November 2012

Projek DIY??

Assalamualaikum.Alahai, jam dah hampir 1.00am, tapi i punya mata tak boleh nak lelap lagi. Kepala masih lagi duk fikirkan projek DIY...eh..DIY tu ape yer..
Do it yourself (DIY) is building, modifying, or repairing something without the aid of experts or professionals.

Ok..faham ke idok ap maksudnya tu. Secara ringkasnya sy tengah merancang untuk membuat projek reka-bentuk/kraf sendiri..untuk apa ye?..hmm..rasanya tak patut kalau di cakapkan sekarang untuk apa projek DIY ni sebab masih jauh perancanganya tu. Ni pon just nak start atas dasar suka-suka dan kegunaan hasil projek ni akan ditentukan kemudian.

Tapi projek DIY apa eh nak sy mulakan..hmm..sekarang sy tengah  syok tengok org buat ''Bunga Kertas Tisu" a.k.a crepe flower..Chatiq sangat dan murah je modalnye.Just memerlukan barang-barang pendidikan seni budak-budak tadika aje..Tapi menurut kata blog-blog yang sy kunjungi, nak lagi chantiq boleh la pakai creepy paper. But i'm still not sure where i can get it.

Ni lah Contoh Bunga Creepe paper yang sy search kat internet.

Hari tu sy dah try buat satu, tapi guna kertas tisu je. Alhamdulillah..chantiq dan menjadi. So sy ingat nak try pg usya-usya kat mydin or angsana esok. Saja nak buat banyak-banyak. Dah sampai masanya nanti tak perlulah beli bunga lagi..hehehehe.. (angan-angan jerk lebih. Bila sampai masa tu pun tak tahu..Insya-Allah).

Selain tu, sy teringin jugak nak ada DIY mini pelamin sendiri...(sapa la yang nak kawin ngan aku ni kan..berangan jerk lebih)..Chantiq dan menjimatkan cos. Ok..meh kita lihat kat bawah contoh-contoh pelamin DIY sendiri yang mampu milik..

Hmm...very simple and nice. Hope one day, i can do like this for my self to. Kalau ada masa, nak jugak ak pegi servey kain-kain pelamin ni semua kat kedai..dah tiba masanya nanti senang kan. Then, yang tang bunga-bunga i want to change to my own DIY flower. mesti chantiq kan yang kalau buat yang jenis bulat-bulat macam kat atas tu tadi..hihihihi...

OK lah..sekadar ni dulu for my first entry pasal DIY ni. Nanti dah ada apa-apa progress sy cerita lagi kat sini. Kalau-kalau korang have any good ideas regarding this DIY, just share your comment with me..Orang kata ilmu bila di kongsi semakin berkat dan berkembang lah ia..lastly semoga angan-angan aku ni menjadi kenyataan.Amin..

Bismillahirrahmanirrahim...Ya Allah Ya Tuhan Kami, Kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu, dan berikanlah petunjuk-Mu kepada kami  dalam urusan kami dengan segala petunjuk. Mudahkanlah urusan kami Ya Allah, Permudahkanlah, jangan disulitkan kerana Engkaulah Yang Maha Memudahkan. Segala yang susah adalah mudah bagi-Mu Ya Allah. Sempurnakanlah dengan segala kebaikan, dengan rahmat-Mu, Ya Allah wahai Yang Paling Mengasihi daripada yang mengasihi.....

29 October 2012

Alamak!!..Blog bersarang...

Assalamualaikum...

Adeh..jam dah pukul 11am..tp mata xley lelap lagi walaupun mlm td membanting tulang mencari rezeki (mcm kije berat sgt la kan). Apa tidak nye, tiba-tiba je rajin pulak tangan ni menari-nari menaip nama blog sana sini..si mata pulak makin galak membaca semua yang terpapar..sambil-sambil tu pulak terbuka lah blog ni (sekian lama berhabuk). ALAMAK...blog ku sudah berkulat rupanya...

Hasil daripada kerajinan aku membaca tutorial sana sini (berblog), akhir nye terhasillah page baru ni dan secara tidak langsung ter'rajin la nak mengupdatekan cerita-cerita aku. Niat utama nak baca blog di sebabkan hal ''creepe paper'', tapi dah tersasul lah pula.cerita creepe paper entah ke mana. Yang ada hanya lah wajah baru blog ni. Hahahaha..tapi xper la..entry creepe paper tu later yer.

Tak boleh berterusan macam ni. Kepala dah makin pusing-pusing. Insya-Allah umur panjang, cerita creepe paper akan dimuatkan kemudian..chill kepada mereka-mereka yang sedang bekerja yer...mlm ni aku kena bertugas kembali..adehhhh...you need to cheer-up your self Norlie...no more rungutan... =)

6 July 2012

Alahai Miko

ahai Miko.....

   Nie lah 1st time aku nk bela anak kucing..asalnya kesian,lama-lama jadi sayang la pulak.. bak kata orang tak kenal maka tak cinta la kan..Mesti pelikkan bila orang yang tak suka kucing tu (aku lah yang dimaksudkan tu) tiba-tiba excited lebih pulak dengan kucing. Tapi kisah aku dan Miko ni ada sejarahnya.

Al
jeng..jeng..jeng..jeng..jeng...

     Suatu hari tu hujan lebat giler kat luar rumah.Time tu pulak aku tengah tidor sebab malam tu aku kerja shift malam.Tengah-tengah syok aku b'mimpi, bunyi anak kucing yang mengioownn ngioownn  mengganggu..
haiisshh..anak kucing mana la pulak..macam dua ekor lak tu bunyi..aku pun pergi lah buat siasatan ala-ala X-file sikit. Jengah ke dapur, lagi kuat bunyi anak-anak kucing tu. Time tu hujan pun dah reda sikit. Intai punya intai, rupa-rupanya ada dua ekor anak kucing ditinggalkn ibunya di belakang mesin basuh aku..

     Naik seram pulak aku.Ibu kucing nye tak der pulak, hanya dua ekor anak ditinggalkan kat situ. Di sebabkan aku memang tak suka anak kucing atau lebih tepat lagi haiwan-haiwan yang berbulu ni, aku bawak lah keluar anak-anak kucing tu dari rumah aku dengan tangan yang berbalut plastik. Eeee...

    Mula-mula aku keluarkan salah seekor daripada kucing tu ke depan rumah. Rupa-rupanya mak dia ada kat depan tu. So aku pikir, mungkin sebab hujan lebat tadi kot, dia tumpangkan anak dia kat dalam rumah aku. Terus je mak dia dapatkan anak dia yang tengah mengeowwn ngeown tu. Aku pon pegi lah dapatkan lagi seekor anak dia yang masih tinggal kat dalam rumah tu.Aku letak lah dia kat depan (tempat sama dengan kucing yang first tu).Aku tengok mak dia buat derrkk je. Tak pulak dia pegi dekat dengan anak dia. Aku tengok kat bawah dia ada anak kucing yang first tadi. Mungkin dia takut kot...So aku pon tutup la pintu serapat-rapatnya supaya diaorang tak masuk lagi ke dalam rumah kami...

   Selepas beberapa ketika, aku intai lagi kat luar sebab bunyi anak kucing tu masih kedengaran dan mengganggukan. Rupa-rupanya mak nye dah tak ada kat situ. Aku nampka anak kucing tu kesejukan dan kelaparan. Tapi aku tak boleh nak buat apa sebab aku tak reti nak pegang-pegang kucing tu.

    Dua hari anak kucing tu dibiarkan servive seorang diri kat luar, tanpa makanan dan mak nye. Kesian pulak aku tengok. Jadi aku pun start la bagi dia minum susu dan sediakan tempat (kotak) untuk dia tido. Niat asal aku just nak bagi perlindungan kat dia sampai dia pandai servive sendiri aje.Tak sanggup la plak rasenye nak biarkan kucing tu mati macam tu je.



    Sekarang dah dua minggu Miko bersama kami. Dia pon dah makin sihat dan membesar. Di sebabkan Miko dah pandai jalan jauh-jauh, aku tempatkan lah dia kat dalam rumah aku ni supaya lebih safety. Dia pun dah mula pandai makan sekarang ni. Manja pon ada jugak.Tempat tido Miko pon aku selalu bersihkan. Badan dia pon selalu aku bersihkan.Yelah kan tinggal dalam rumah sama-sama mesti lah kebersihan nak kena di utamakan..Miko dah jadi sebahagian daripada kami.Kami dah mula sayang pada Miko. Terutamanya si Dia.Macam-macam dia pikir nak beli tuk Miko. Tapi aku rase cam membazir je..sekarang ni Miko masih belum pandai berak sendiri lagi. Jadi kami lah yang kena bantu Miko. Banyak blog-blog yang membincangkan pasal kucing ni kami search. Sebab Miko ni asyik bising je. Aku pun tak tau apa yang dia nak. Tapi sekaang, kami dah mula memahami Miko sikit-sikit. Sayang la pulak pada Miko. Terus je niat nak lepaskan dia dulu tu hilang...hehehehe..