The Good Things We Do Today, Is The Happiness For Tomorrow!

6 April 2013

Ikan Renang-Renang~

Hihihi..saya dah ada satu hobi baru..sekarang minat sangat ngan ikan perhiasan..sebenarnya dah lama ngidam nak ada akuarium sendiri..plannya nak beli akuarium yang kecik jer..tapi sampai hari ni pun xterbeli..sebab MAHAL ok!!

Bagaikan pucuk di cita ulam yang mendatang, hari tu kakak saya pindah rumah..dalam kemas-kemas tu, abg ipar tawarkan akuarium lama diaorang sekali ngn sistem pump dan oksigen pada en.dia..haruslah dia terima kan..sebab dia pun xmampu nak tunaikan permintaan akuarium saya yang dah sekian lama tu..saiznye dalam 2x1 kaki..besar la jugak bagi yang baru nak berjinak-jinak ni...

Mula-mula set-up akuarium tu,  beli 1ekor ikan mas koki, 2ekor ikan tiger bulb and 2ekor ikan kilat2 (apa ntah namanya)..pastu tambah lg sekor mas koki tu sebab nak bg yang dah ada kat dalam akuarium ada geng..tiger bulb tu tambah lagi 4ekor, sebab ikan tu suka geng dia ramai..nanti dia main kejar2 sama2 geng.. chantikkkk.. pastu belikan lagi 2ekor ikan belang2 (xtau jugak namanye), 2ekor ikan Lemon dan 2ekor ikan putih-putih....huhhuhu..

Okey..hari ni dah masuk 6hari sebumbung dengan ikan-ikan ni...yang sedihnya 3hari lepas, 2ekor ikan kilat2 dah mati..sebabkan dia ganazz sangat, angkat dia dan msukkan dalam bekas lain sekejap jer...tp alih2 terus dia mati..(kejam kah aku??)..sehari lepas tu, ikan lemon mati sekor..(sobsobsob apalah nasib....)..petang semalan pulak, ikan mas koki pulak mati (asyik kne serang ngn ikan lain sampai tercabut semua sisiknya)...sadisssss....

Dah xnak beli lg stok ikan-ikan lain lagi buat masa ni..nak tengok dulu ikan mana yang tahan lasak..kalau beli pastu mati jerrkk..sakit otak kita tau!!!..


Kat atas ni bukan saya punya..nanti bila akuarium cik Norlie dah betul-betul cantik, baru cik Norlie share kat cni okay..doakan umur ikan-ikan saya yang lain panjang hendaknya dan mampu memiliki rumah ikan lagi cantik...amin..^^


tak sabar-sabar nak abiskan shift, nak tengok ikan berenang-renang~~

1 April 2013

Mother Board gone!~

Lama x update blog..sebab dah xder lappy..sebab lappy dah mampus xley hidup-hidup lagi..sebab Mother boardnye rosak..waaaaarrgghhh..belum sampai usia 3tahun kamu dah tunjukkan kelemahan kamu yer....( mood sangat geram!)

1st dia buat perangai, xley nk d hidupkan..kne start bg sistem dia jalan sampai panas dulu (adalah sampai 30minit dulu kot) pastu restart balik tu dengan menekan butang strat tu..baru dia nak kuar window as usual..sampai satu tahap, buat la berapa jam pun, langsung dah xley kuar window nyer..2nd bagi kat en.sayang untuk cek penyakit lappy..dia kate bkn mslah window..mybe processor tak pun mother board..3nd en.sayang hantar g kedai tuk cek penyakit sebenar..then..YES..mother board was GONE!!!..untuk repair kne modal RM450...4rd pergi jumpa abg ipar saya nak tahu harga tu berbaloi ker tidak (sebab dia kerje dalam bahagian komputer ni)..dia kte hrga tu standard...5th kakak ade nak jual MAC Apple nyer pada harga RM2800 (brg free main game online)..en.sayang xbagi beli sebab suh simpan duit...huhuhuhu.....

Sooo...ada tak sapa-sapa yang bermurah hati nak sedekahkan RM450 tu???...dapat pahala tau menolong orang dalam kesusahan ni.. (sangat sedih...alone betul tanpa lappy..even boleh berinternet dengan myYoung..tp xpuas...xley tengok movie, xley main game, xley nk tulis itu ini...)


9 March 2013

Ya Allah..selamatkan lah Sabah!

Berita negara yang terhangat dan terkini...PENCEROBOHAN di SABAH...

Ya Allah...dah hampir sebulan kes ni berlarutan..sampai hari ni pun belum ada penyelesaian sebab puak-puak yang mengaku pengikut Sultan Sulu masih lagi berdegil...walaupun saya kat semenanjung, tapi kak long saya sekeluarga berada kat Sandakan sekarang..Bimbang sangat-sangat rasa nya bila kak long ceritakan macam-macam kejadian kat sana..

Kalau diikutkan peta, Sandakan memang la jauh dari Lahad Datu mahupun Semporna..apatah lagi kat media-media tak sentuh berita-berita di luar kawasan zon merah (Lahad Datu dan Semporna)..tapi kak long kata, kat Sandakan pun dah jadi zon kuning (zon berjaga-jaga)..kat sana pun ramai puak-puak Sulu yang dah bersiap sedia..pihak keselamatan dah pun berjaga-jaga 24jam..bunyi siren sana sini..bila tiba waktu malam, ada keadaan elektrik akan di 'cut off' untuk tujuan keselamatan....

Setiap hari bila berkelapangan, mesti cari berita-berita kat Sabah ni..saya pun pelik..kenapa puak-puak Sulu yang mengaku Islam ni boleh menyerang saudara sesama Islam mereka dengan begitu kejam sekali??..sudah hilangkah adat Islam dalam diri mereka..mengikut sejarah memang lah puak Sulu yang berasal dari lanun ni hebat..tapi sehebat mana pun mereka..tak sedar ke mereka masih tak boleh melawan hebatnya Allah....macam-macam orang cakap kat blog-blog..diaorang pakai ilmu hitam la..bomoh la..tapi adakah mereka yang datang menyerang negara kita betul-betul Islam..Hanya Allah sahaja yang tahu...Ya Allah..buktikan lah kehebatan-Mu pada mereka..=(

Berbalik pada kisah kak long tadi, diorang anak beranak memang takut sangat..nak nak lagi bila tiba waktu malam..sebab bila malam la macam-macam boleh jadi..pukul 7mlm, kata kak long, dah tak ada kenderaan kat jalan-jalan..tidur malam pun tak lena..semuanya berkurung dalam rumah. Di siang hari, aktiviti masih seperti biasa. Tapi kebanyakkan budak-budak dah tak pergi sekolah..semua sekolah lengang..tinggal guru-guru je kat sekolah..(maklum la kak long dan husband mengajar kat sekolah)..nasib baik la kak long ada ramai kawan-kawan dari kalangan pihak keselamatan..banyak juga lah info-info yang dia tahu..at least boleh la dia berjaga-jaga bila tahu apa-apa berita..

Masa awal-awal pertempuran hari tu pun, saya selalu juga merungut, kenapa diaoarng tak keluarkan tentera-tentera kita yang kuat tu..kenapa pihak keselamatan masih benarkan rundingan dengan pihak penceroboh..kenapa perlu lagi ramai oramg-orang kita yang meninggal....tapi...selepas pihak keselamatan kita keluarkan anggota-anggota khas, jet, kereta kebal dan bom-bom...baru la faham..Negara kita memang inginkan keamanan..sebab tu rundingan di buat..dan itulah dia taktik keselamatan..tabik spring kat pasukan keselamatan kita kerana dalam kita tak tahu, sebenarnya pasukan keselamatan kita juga handal..malah lagi handal daripada yang difikirkan dari sebelum ini...

Terima kasih kepada pihak-pihak keselamatan yang berjiwa waja untuk menegakkan keamaanan negara kita..kepada pihak-pihak yang sibuk nak mengkritik tu, korang rasa korang mampu ke buat macam tu..korang sanggup ke terbang ke sana untuk memperjuangkan nyawa semata-mata untuk kedaulatan negara??...(hihihihihi..jgn ada yang terasa sudah)...kak long yang berada di sana sendiri pun cakap, nasib ada anggota keselamatan yang mengawasi keadaan kat sana..tak adalah rasa takut sangat bila nak kemana-mana di siang hari..waktu mlm pun masih ada rondaan yang buat walaupun Sandakan masih di zon kuning..

Saya doakan keadaan kat sana kembali seperti biasa..Ya Allah..hanya kuasa-Mu sahaja yang boleh melawan kedegilan mereka..dan hanya dengan pertolongan-Mu sahaja kami mampu bertahan..kuatkan lah iman mereka, kuatkan lah pertahanan mereka, berikanlah kekuatan yang luar biasa pada diri mereka..dan cekalkan lah hati-hati pejuang kami yang Ya-Allah..selamatkan lah mereka dari malapetaka yang dasyat..permudahkanlah kemenangan mereka..hapuskanlah mereka-mereka yang cuba merosakkan keamanan kami...tak lupa juga, selamatkan lah seluruh penduduk Sabah..semoga Engkau kurniakan kepada mereka ketabahan, kesabaran, kekuatan dan perlindungan dari sebarang kejadiaan yang buruk.. ^^

19 February 2013

Sahabat wedding 15-16/02/2013~

Selamat kembali..Baru-baru ni seorang lagi sahabat telah selamat menamatkan zaman singlenya, Rafiqah binti Matiram bersama teruna pilihannya Azidy Aziz...Dengan hanya sekali lafaz..mereka sah menjadi suami dan isteri pada 15 Feb 2013 (Jumaat Malam) dan majlis resepsinya diadakan pada keesokkan harinya. Tahniah Iqa dan Edy..semoga kamu dikurniakan bahagia hingga ke Jannah dan dimurahkan rezeki anak-anak yang soleh dan solehah..^^

Jodoh kamu sampai dulu kan Iqa...kenal sekejap terus kawin..itu lah yang dinamakan jodoh..ketentuan Allah...Comel sangat pengantin hari tu..mcm baby doll..mcm princesses pun ada (mcm yang saya bisikkan kat pengantin atas stage hari tu..hihihi)

Tetiba teringat pulak masa zaman muda-mudi dulu kan Iqa...belajar sekelas, pratikal sama tempat, dapat kerja pun sama-sama..tapi tu la...lepas setahun 6bulan, saya pulak yang blah pergi Melaka, tinggalkan Iqa kat situ sampai la hari ni..(3tahun berlalu..sekejap jer..). Agaknya, kalau saya masih stay 'sama-sama' dengan kamu..entah-entah kita pun dapat kawin sama-samakan..hahaha (eheheh..tak sabar-sabar pulak cik Norlie nie..hihihihi).

Jom Layan gambar pengantin ----->>


Dari Kiri : Mai (ex-roommate Iqa), Inn, Yana and Last cik Norlie
Yana..si pengepit..
Nakal..1st time beratur ramai-ramai sebab nak mintak duit Tol..hihihi


Seronok dapat jumpa kawan-kawan sekelas datang dari jauh
Nampak sangat POYOS!
Last skali adalah...KAMI..Insya-Allah akan ikut jejak langkah Iqa akan datang...^^